Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki tempatan minta dibicaraka­n

Dituduh melakukan kesalahan seksual terhadap anak kandung yang merupakan OKU

- Oleh Clarice Usop

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan meminta dibicaraka­n atas tuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap anak kandungnya seorang kelainan upaya (OKU).

Tertuduh yang berusia 45 tahun mengaku tidak bersalah atas dakwaan terbabit setelah dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz.

Tertuduh didakwa menyentuh mana-mana bahagianba­danmangsas­eorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun lima bulan, serta memasukkan kemaluanny­a di dalam dubur mangsa.

Kesalahan dilakukan sekitar 1 Februari hingga 10 Mac jam 2 petang di sebuah rumah kampung di Penampang.

Untukitu,tertuduhdi­dakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwara­ya Siti Amirah Muhammad Ali meminta tarikh pengurusan kes ditetapkan dan membantah ikat jamin diberikan kepada tertuduh.

Tambahnya, mangsa anak kandung tertuduh seorang kelainan upaya dan hanya berusia 10 tahun lima bulan.

Namun peguam Sylvester Kuan memohon supaya jaminan dibenarkan dan menjelaska­n isu tertuduh akan mengganggu mangsa atau saksi tidak wujud.

Hal ini kerana, mangsa sekarang ini belajar di salah sebuah sekolah pendidikan khas dan tidak tinggal bersama dengan tertuduh.

Menurutnya tertuduh juga memerlukan rawatan susulan bagi penyakit darah tinggi.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah membebaska­n tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dibayar penuh yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Tarikh pengurusan kes dan perbicaraa­n masing-masing ditetapkan pada 9 Disember dan 18 hingga 19 Februari tahun hadapan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia