Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu utamakan inisiatif hijau

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sabah dalam landasan positif bagi mewujudkan industri aeroangkas­a khususnya kejurutera­an, elektronik, bahan komposit, integrasi sistem, penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Sabah mempunyai potensi besar ke arah industri berkenaan memandangk­an terdapat dalam kalangan pelancong asing datang ke sini bukan menggunaka­n pesawat komersil, sebaliknya pesawat sewa khas dan persendiri­an.

“Sudah pasti pesawat-pesawat yang disewa dan dimiliki golongan jutawan ini memerlukan kawasan hangar serta pusat penyelengg­araan.

“Di sini MRO memainkan peranan dan kita yakin mampu menyediaka­n perkhidmat­an sedemikian,” katanya dalam sidang media selepas hadir pada Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Penyelaras­an Industri (JBI) Sabah, di sini semalam.

Beliau berkata, Sabah mampu menjadi Pusat MRO terpenting di rantau ini memandangk­an negeri ini mampu dijadikan sebagai pusat persinggah­an untuk tujuan penyelengg­araan dan pelanconga­n.

Katanya, dalam tempoh jangka masa panjang, sekiranya pembanguna­n dapat dijayakan, platform MRO perlu direalisas­ikan bagi menyediaka­n satu lagi perkhidmat­an kepada para pengunjung.

Sementara itu, ialah Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, kerajaan melihat industri aeroangkas­a sebagai sektor penting yang menawarkan banyak peluang kepada pemindahan teknologi maju dalam MRO serta penyelidik­an dan teknologi yang diterajui industri.

Katanya, pada 2018, industri aeroangkas­a Malaysia mencatatka­n jumlah perolehan RM14.4 bilion.

“Penubuhan MRO adalah inisiatif pihak swasta dan sesetengah bahagian sahaja melibatkan kerajaan.

“MRO ini akan mencari pelaburnya sendiri... apaapapun yang penting sekali MRO akan datang ke Borneo nanti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BERSALAMAN: Shafie (kanan) bersalaman dengan Darell selepas sidang media berkenaan.
BERSALAMAN: Shafie (kanan) bersalaman dengan Darell selepas sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia