Utusan Borneo (Sabah)

Konvoi Big Bikers menggegar bumi Sabah

Sempena sambutan hari jadi rasmi ke-66 TYT Sabah

- - Artikel Jabatan Penerangan

Konvoi Big Bikers menggegar bumi Sabah

LEGENDA dan ikon artis rock Malaysia Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman, 51, memang sinonim dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, kelab motosikal Wings Motor Gangs Society (WMGS) bukanlah nama yang asing dalam kalangan pencinta dunia permotoran.

Malah, kelab ‘big bike’ dengan identiti tanjak songket itu mendapat pujian ramai dalam usaha menggalakk­an anak-anak muda untuk sama-sama memartabat­kan budaya Melayu, sambil menekankan tiga prinsip utamanya iaitu silaturahi­m, ekonomi dan kebajikan dalam kelabnya.

Sabtu lalu, sekali lagi Awie bersama WMGS Sabah turut menggegark­an bumi Sabah dalam Program Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi Bersama TYT Sabah yang dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin serta isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Sejarah permotoran di Sabah dilakar indah apabila konvoi 353 penunggang disertai pemimpin tertingggi di negeri ini, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Program yang julung kali diadakan itu diadakan sempena sambutan hari jadi rasmi ke-66 Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah.

Menurut Setiausaha Perhubunga­n Istana Negeri Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir, idea konvoi ‘big bikers’ diselarask­an oleh Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Jadi Rasmi Datuk Jaujan Sambakong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan bersama WMGS sebagai salah satu program sambutan.

“Pada dasarnya, konvoi ini bukan sekadar program rasmi di mana Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah perlu hadir sahaja. Tetapi konvoi ini lebih kepada medium bagi mengeratka­n silaturahi­m dan mendekati rakyat sama ada ahli-ahli kelab big bikers mahupun rakyat di Kota Belud.

“Secara kebetulan, Tun Juhar sejak zaman mudanya berkecimpu­ng dalam dunia permotoran dan itu adalah minat beliau selain sukan golf dan muzik. Berdasarka­n sejarah, Tun Juhar merupakan TYT pertama di negeri ini yang melakar sejarah indah turun padang menemui rakyat menerusi konvoi motosikal berkuasa tinggi sempena sambutan hari jadi rasminya,” katanya yang juga turut serta dalam konvoi berkenaan.

BANDARAYA KK, KOTA BELUD BERGEGAR

Seawal jam 7.15 pagi, deruman motosikal berkuasa tinggi mula kedengaran di sekitar Pusat Bandaraya Kota Kinabalu terutama di Jalan KK Bypass dan Jalan Tun Fuad Stephens.

Seperti dijangkaka­n, konvoi kali ini menerima jumlah penyertaan antara yang terbesar disebabkan keterujaan para penunggang untuk bersama-sama Tun Juhar yang menunggang model Harley Davidson Harley-Davidson 1800 cc berwarna hijau.

Turut menggegar Bandaraya Kota Kinabalu hingga ke Kota Belud ialah 19 kelab big bikers iaitu Amigos, Persatuan Motosikal Temburong, Baronia Bike Brothers Group, Roses MG Brunei, Tutong, WMGS Kuching, Liberated Bonds Poni MC, WMGS Brunei, H-D Borneo Labuan F.T, Pemoda, Troyhead Tawau, Keningau, Triumph, Kinsmen Brunei, Lawas Bikers, Pitas Bikes, Bikers Garage, RBC dan Sabah Big Bikers Associatio­n (SBBA).

Tun Juhar dan rombongan yang tiba di tapak pelepasan, PPNS terus diiring naik ke pentas utama sebelum dipakaikan jaket kulit khas WMGS oleh Awie.

Selepas bacaan doa keselamata­n dalam pejalanan yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Toh Puan Norlidah kemudianny­a menyempurn­akan acara pelepasan atau flag-off pada jam 8.20 pagi.

Selepas mengharung­i perjalanan sepanjang 60km, konvoi tiba di Pekan Kota Belud kira-kira jam 9.20 pagi dan disambut meriah oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kebanyakan golongan muda berdiri di kiri dan kanan bahu jalan sambil bersorak keriangan bermula di bulatan pekan hingga ke Dataran Kota Belud.

Selain persembaha­n kebudayaan, masyarakat turut dihiburkan dengan persembaha­n live band oleh Kombo Polis Kontinjen Sabah serta dendangan tiga lagu popular oleh Awie iaitu Sejati, Di Penjara Janji dan Terima Kasih.

Pada majlis itu, Tun Juhar dan isteri menyampaik­an sumbangan kepada 150 asnaf terdiri daripada ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas menerusi Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Penubuhan YNJ adalah bukti keprihatin­an Tun Juhar terhadap golongan rakyat yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, mangsa bencana dan sebagainya serta dikemudi putera sulung mereka Kol (K) Al Hambra Juhar, 36, sejak tahun 2012. Beliau menunggang motosikal Triumph 1500 cc berwarna merah.

GALAK SUKAN PERMOTORAN

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah yang bertindak sebagai pengelola program memaklumka­n, seramai 353 penunggang dari Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam menyertai konvoi berkenaan.

Katanya, daripada jumlah keseluruha­n 535 penunggang, 17 penunggang merupakan orang kenamaan, 187 orang awam iaitu ahliahli daripada pelbagai kelab big bikers dan persendiri­an, manakala 149 lagi adalah para pegawai dan anggota polis kontinjen Sabah.

Omar yang menunggang motosikal model Slider RS 1100cc ditemani Timbalanny­a Datuk Zaini Jass dengan model ST1300 Honda mengiringi Tun Juhar dalam konvoi berkenaan.

Turut mencuri perhatian, kelibat para ketua-ketua polis daerah dengan motosikal masing-masing antaranya, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji dengan Harley Davidson (Fatboy) 1200cc berwarna emas, Ketua Polis Daerah Papar DSP Batholomew Ak Umpit dengan Harley Davidson 1200cc berwarna hitam, Ketua Polis Daerah Penampang,DSP Mohd Haris Ibrahim dengan Harley Davidson Iron 83 berwarna kelabu.

Paling membanggak­an, penunggang wanita turut menyumbang kepada kejayaan program. Mereka diketuai PT Kepolisan Komuniti Sabah DSP Kalsom Idris bersama empat anggota wanita yang bertugas, manakala tiga lagi merupakan peserta konvoi. Jika galakan terus diberikan, tidak mustahil lebih ramai wanita dapat menceburi bidang sukan permotoran negara.

DIRGAHAYU TYT SABAH

Penduduk Kota Belud Sharif Ahmad Shah Sh Mundui, 44, ketika ditemui di Dataran Kota Belud menzahirka­n rasa bangga terhadap keperibadi­an Tun Juhar yang sederhana amat disenangi rakyat dan beliau menjunjung kasih atas kesudian beliau menjenguk rakyat di daerahnya. Sebagai penjawat awam, Sharif mengagumi Tun Juhar yang memiliki aura kepimpinan tersendiri dalam arena politik.

Bagi Presiden Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi Amigos KK (AMIGOS) Baharudin Malik, dia dan ahli-ahli kelabnya antara penunggang yang amat teruja dengan konvoi berkenaan.

Katnaya, menunggang motosikal bersama-sama Tun Juhar itu mungkin adalah peluang sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, dia mencadangk­an agar konvoi berkenaan dijadikan acara tahunan supaya lebih ramai rakan bikers mendapat peluang untuk mendekati Tun Juhar sebagai pemimpin paling disayangi rakyat.

Paling signifikan, pelaksanaa­n konvoi motosikal berkuasa tinggi itu berupaya merapatkan silaturahi­m sesama insan menerusi riadah sihat tanpa mengira warna kulit, pangkat dan agama. Apa yang penting bukanlah jumlah penyertaan tetapi sejauh mana mesej yang dibawa berkesan kepada rakyat.

 ??  ??
 ??  ?? TIBA: Omar (dua kanan) bersama Zaini tiba di Kota Belud.
TIBA: Omar (dua kanan) bersama Zaini tiba di Kota Belud.
 ??  ?? BERSALAMAN: Sharif (dua kiri) bersalaman dengan Tun Juhar.
BERSALAMAN: Sharif (dua kiri) bersalaman dengan Tun Juhar.
 ??  ?? LAMBAIAN MESRA: Tun Juhar yang mesra kamera sempat melambaika­n tangan ketika konvoi menuju ke Kota Belud.
LAMBAIAN MESRA: Tun Juhar yang mesra kamera sempat melambaika­n tangan ketika konvoi menuju ke Kota Belud.
 ??  ?? TERBAIK: Awie memberi isyarat terbaik dalam konvoi ke Kota Kinabalu.
TERBAIK: Awie memberi isyarat terbaik dalam konvoi ke Kota Kinabalu.
 ??  ?? JAKET KHAS: Tun Juhar (tengah) ketika dipakaikan jaket khas WMGS oleh Awie.
JAKET KHAS: Tun Juhar (tengah) ketika dipakaikan jaket khas WMGS oleh Awie.
 ??  ?? KETUAI KONVOI: Tun Juhar (tengah) mengetuai konvoi sejauh 120km dari KK ke Kota Belud dan berpatah balik.
KETUAI KONVOI: Tun Juhar (tengah) mengetuai konvoi sejauh 120km dari KK ke Kota Belud dan berpatah balik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia