Utusan Borneo (Sabah)

Penggunaan teknologi hijau dalam pengurusan sisa pepejal di Kunak

Resolusi persidanga­n perancanga­n negeri dibawa ke mesyuarat Kabinet, kata Shafie

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sistem teknologi hijau akan diguna pakai dalam pengurusan sisa pepejal di Kunak.

Untuk tujuan itu, Kerajaan Sabah membenarka­n satu kawasan berkeluasa­n 70 ekar dijadikan tapak dan ia bukan saja untuk keperluan daerah Kunak, tetapi juga bagi pengurusan sisa pepejal daerah Semporna dan Lahad Datu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong, berkata kaedah sedemikian bukan sahaja dilaksanak­an di kawasan berkenaan, tetapi bakal diperluas ke seluruh daerah di Sabah.

“Pengurusan sisa pepejal atau sampah perlu dilakukan dengan baik agar mampu menghasilk­an pendapatan.

“Sekiranya tidak diurus dengan baik, ia boleh memudaratk­an alam sekitar dan kesihatan manusia,” katanya ditemui selepas Majlis Persidanga­n Perancanga­n Negeri Sabah Sempena Hari Perancanga­n Bandar Sedunia 2019, di sini semalam.

Beliau berkata, sisa pepejal seperti plastik, kertas dan sebagainya mampu menjana pendapatan sekiranya dikitar semula.

KOTA KINABALU: Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini perlu mengutamak­an inisiatif hijau dalam melaksanak­an perancanga­n bandar dan daerah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau menegaskan bahawa sememangny­a menjadi komitmen kerajaan negeri mengutamak­an penjagaan alam sekitar dalam melaksanak­an agenda dan perancanga­n pembanguna­n.

“Perancanga­n bandar dan daerah dengan mengutamak­an inisiatif hijau penting bagi membolehka­n pembanguna­n yang dilaksanak­an tidak menjejaska­n kualiti hidup penduduk setempat,” katanya sewaktu merasmikan Majlis Persidanga­n Perancanga­n Negeri Sabah Sempena Hari Perancanga­n Bandar Sedunia 2019, di sini semalam.

Sehubungan itu, katanya, semua pandangan atau cadangan daripada persidanga­n itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibincang agar boleh digunakan sebagai dasar kerajaan.

Beliau berkata sekiranya resolusi berkenaan boleh dijadikan dasar kerajaan, polisi berkenaan haruslah turut diguna pakai oleh kesemua daerah di Sabah.

“Saya harap pandangan dan resolusi ini akan dikemukaka­n kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong, beliau kemudian membawa ke Kabinet untuk dibincangk­an bagaimana dasar-dasar ini boleh digunakan untuk dijadikan dasar kerajaan.

“Saya juga berharap segala usaha ini dapat diteruskan untuk memperinci­kan dasardasar yang ada di peringkat KKTP. Penggunaan teknologi hijau bukan sahaja diilhamkan tetapi juga dilaksanak­an,” katanya.

Shafie berkata, program diadakan adalah bertepatan pada masanya dan memberi ruang kepada para peserta bukan sahaja hanya dapat berbagai pandangan dan maklumat diperlukan bagi membincang­kan dasar-dasar baharu.

Katanya, dasar baharu itu nanti perlu bersesuaia­n di negeri ini khususnya di sesetengah kawasan.

“Pembanguna­n industri pesat tanpa mengambil kira impak sekeliling memberikan kesan negatif dalam jangka masa panjang.

“Iklim cuaca ini semakin panas, kita boleh bertukar pandangan apa sebenarnya dikehendak­i dan apa sebenarnya itu teknologi hijau.

“Kini negara Eropah sudah mengambil peranan untuk menggunaka­n teknologi hijau bagi memulihara persekitar­an,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pembanguna­n di Sabah harus teratur, khususnya perumahan perlu bersesuaia­n dengan kegiatan riadah selain menyediaka­n ruangan bagi tumbuhan hijau.

Kataya, walaupun Sabah kaya dengan sumber alam seperti arang batu tetapi usaha melombongn­ya mampu mencemarka­n alam sekitar.

“Balak banyak di negeri ini tetapi jangan disebabkan hanya ingin mengaut keuntungan semuanya ditebang sehingga menyebabka­n tidak ada tadahan air,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong dan Pengarah Jabatan Perancanga­n Bandar dan Wilayah (JPWB) Haji Mursidi Haji Sapie.

 ??  ?? RASMI: Shafie (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian sambil disaksikan Jaujan (kiri) dan Mursidi.
RASMI: Shafie (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian sambil disaksikan Jaujan (kiri) dan Mursidi.
 ??  ?? KENANGAN: Shafie (tujuh kiri), Jaujan (lapan kiri) menteri-menteri Kabinet yang lain merakamkan gambar kenangan bersama para peserta persidanga­n
KENANGAN: Shafie (tujuh kiri), Jaujan (lapan kiri) menteri-menteri Kabinet yang lain merakamkan gambar kenangan bersama para peserta persidanga­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia