Utusan Borneo (Sabah)

Tanggungja­wab bersama jaga alam sekitar: Christina

-

KOTA KINABALU: Menjaga dan melindungi alam sekitar bukanlah menjadi tugas kerajaan semata, tetapi merupakan tanggungja­wab masyarakat keseluruha­nnya.

Setiap lapisan masyarakat memainkan peranan penting dalam melaksanak­an tanggungja­wab masing-masing dan perlu turut serta menjayakan aktiviti memelihara dan memulihara alam sekitar.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, setiap insan perlu berganding bahu serta bersatu tenaga bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar.

“Setiap manusia hidup bergantung kepada sumber alam, seperti udara bersih serta flora dan fauna yang terdapat di muka bumi ini.

“Pengaruh manusia dan persekitar­an terhadap kepelbagai­an biologi di negeri ini adalah antara isu utama yang berkait rapat dengan penjagaan ekosistem,” katanya dalam Majlis Anugerah Kinabalu Pengiktira­fan Alam Sekitar sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019 di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menterinya Assaffal P. Alian.

Dalam majlis berkenaan, Assaffal menyampaik­an Anugerah Kinabalu Pengiktira­fan Alam Sekitar yang dimenangi oleh Pengetua Sekolah Menengah St. Michael, Penampang Jennifer Asing.

Sementara itu, Kategori Organisasi (Sumbangan terhadap program kesedaran alam sekitar) disandang Repsol Oil & Gas Malaysia Limited, manakala Dr. Wong Siew Te penerima Kategori Individu.

Bagi Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO), ia dimenangi oleh Sabah Wetlands Conservati­on Society sementara Sharon Raymond Kisil mengunggul­i Kategori Media.

Menurut Assaffal, anugerah berkenaan bukanlah penanda aras utama sumbangan kita kepada kelestaria­n alam sekitar, dan usaha bagi meningkatk­an indeks kelestaria­n alam sekitar perlu diteruskan.

“Anugerah ini merupakan salah satu inisiatif bersama di antara kerajaan dengan pihak Petronas yang julung kali diadakan untuk mengiktira­f peranan dan tanggungja­wab yang ditunjukka­n oleh orang perseorang­an, organisasi, badan bukan kerajaan (NGO) dan media massa,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Amirul Aripin, Pengarah Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar Vitalis Moduying dan ketua PETRONAS Sabah dan Labuan, Komunikasi Strategik Kumpulan Rokiah Sulaiman.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Pemenang penerima anugerah merakamkan gambar kenangan bersama Assaffal (lima kiri).
GAMBAR KENANGAN: Pemenang penerima anugerah merakamkan gambar kenangan bersama Assaffal (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia