Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Terbuka Deepavali Kuil Sri Sithi Vinayagar pada 27 Okt

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Kuil Sri Sithi Vinayagar Sandakan (SSVT) akan menganjurk­an Rumah Terbuka Deepavali pada 27 Oktober yang diadakan di kuil berkenaan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.

Pengerusi Kuil Sri Sithi Vinayagar Sandakan K Ganesan berkata Deepavali bukan sekadar masa untuk membuat keramaian. Ia juga merupakan masa untuk mengingati orang yang kurang bernasib baik di sekeliling kita, dan untuk membawa cahaya ke dalam hidup mereka.

“Ini adalah apa yang cuba dicapai oleh SSVT. Rumah terbuka Deepavali juga akan menyerlahk­an pelbagai aktiviti kebudayaan dan keagamaan yang dirancang oleh kuil.

“Jawatankua­sa pengurusan kuil merasakan bahawa acara rumah terbuka Deepavali akan membuka jalan bagi pemahaman yang lebih baik mengenai budaya India dan benar-benar mencermink­an kepelbagai­an yang menjadikan Malaysia satu daripada negara yang paling unik di dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata konsep rumah terbuka ini merupakan salah satu cara di mana masyarakat berkumpul sebagai komuniti berbilang kaum untuk merayakan Festival Lampu dan pada masa yang sama untuk menunjukka­n Warisan Kebudayaan India kepada masyarakat Sandakan.

“Ini sememangny­a sejajar dengan semangat perpaduan yang mencermink­an karakter dan menyemarak­kan keharmonia­n antara bangsa kita.

“Sudah tentu kami ingin melihat masyarakat di Sandakan berkongsi suasana perayaan dan meraikan acara rumah terbuka bersama-sama dengan masyarakat India kami Sandakan,” katanya.

Sehubungan itu, Ganesan menjemput semua anggota masyarakat khususnya di sekitar Sandakan untuk hadir ke perayaan Rumah Terbuka Deepavali dan bersama-sama meraikan kepelbagai­an yang menyatukan semua sebagai rakyat Malaysia.

 ??  ?? JEMPUT: Ganesan bersama jawatankua­sa Kuil Sri Sithi Vinayagar Sandakan menjemput orang ramai bersama-sama meraikan Rumah Terbuka Deepavali Ahad depan.
JEMPUT: Ganesan bersama jawatankua­sa Kuil Sri Sithi Vinayagar Sandakan menjemput orang ramai bersama-sama meraikan Rumah Terbuka Deepavali Ahad depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia