Utusan Borneo (Sabah)

Amazon adaptasi kisah kolum Ahad ‘Modern Love’ akhbar The New York Times menjadi siri baharu

-

SETIAP minggu, peminat setia ‘Modern Love’ – kolum Ahad

dalam akhbar The New York Times – membaca semua jenis kisah cinta: yang menyenangk­an hati, menyayat hati, memberi inspirasi, menimbulka­n kemarahan. Sekarang, peminat boleh mendapat lebih daripada kolum kegemaran ramai itu: Amazon telah mengadapta­sikan beberapa kisah paling menaikkan semangat kepada siri rasa seronok yang mengadakan tayangan perdana pada Jumaat yang berlainan sekali dengan nada gelap dan sinis dalam kebanyakan program TV kemuncak pada hari ini. “Saya harap apabila orang menonton ini, hati mereka terbuka kerana saya rasa ia tidak dapat menyebabka­n kesakitan,” kata aktres Cristin Milioti, yang membawa watak seorang wanita yang mendapatka­n nasihat daripada penjaga pintu flatnya. ‘Modern Love’ mulamula muncul pada Oktober 2004 dengan satu siri bertajuk ‘She dumped me’ (Dia buang saya). Sejak itu, hampir 800 kisah telah menyusul. Tidak semuanya mengenai cinta romantis. Ada yang mengenai cinta platonik (tiada hubungan seks), kasih sayang antara adik beradik atau malah kasih bagi haiwan peliharaan. Dan dalam beberapa kolum, cinta adalah menyakitka­n. Versi podcast bagi kolum yang amat popular itu mengadakan penampilan sulung pada 2016, yang hanya bertindak untuk mengukuhka­n populariti format kisah-kisah tersebut: singkat, sayu dan diceritaka­n dengan intim oleh salah seorang individu yang terbabit. Dan sekarang ia datang ke televisyen, dengan beberapa nama masyhur seperti pemenang anugerah Oscar, Anne Hathaway, Tina Fey, Dev Patel, Milioti, penyanyi Ed Sheeran dan ramai lagi. Percintaan adalah tumpuan dalam lapan episod 30 minit ‘Moden Love’, separuh daripadany­a dibuat oleh pengarah Irish, John Carney, dengan menunjukka­n sisi ceria yang baik dan asli dalam ‘Sing Street’ pada 2016. Pengarang kolum berkenaan, Daniel Jones, berkata dia menerima antara 8,000 hingga 9,000 tulisan setiap tahun – dan dia hanya ada 52 slot sahaja. Pemilihan tidaklah mudah, tetapi bagi siri itu, ia tidak memerlukan banyak fikiran. “Beberapa kolum ‘Modern Love’ adalah sangat gelap, dan mereka tidak memilih kolum yang sangat gelap,” klata Jones. “Ia riang dan penuh harapan.” Sinaran matahari menerangi siri itu, walaupun beberapa jalan cerita begitu berat sekali, termasuk satu watak yang mempunyai masalah bipolar, kematian seorang pasangan dan sepasang kekasih gay yang menangani proses mengangkat anak. Seluruh aksi berlaku dalam versi New York yang glamor, di mana pangsapuri luas, taman awam banyak dan watakwatak menghabisk­an masa mereka dalam kafe dan restoran yang selesa. Gelap dan sinis adalah kata-kata kunci bagi program televisyen berprestij dari saluran kabel Amerika Syarikat dan terutamany­a khidmat striming selama lebih sedekad – mungkin meniru nada zaman sekarang. Contoh adalah drama dengan anti-wira besar seperti ‘Mad Men’ dan ‘Breaking Bad’. Malah filem komedi yang popular baru-baru ini seperti ‘Fleabag’, ‘Veep’ dan ‘The Office’ mempunyai sudut pandangan yang teruk, tidak seperti stail TV rangkaian tradisiona­l yang lebih lembut. ‘Modern Love’ melakukan perubahan yang agak menarik. “Saya rasa ramai daripada kita berjalanja­lan dengan mendirikan dinding – saya tahu saya begitu – kerana begitu banyak perkara yang mendatangi kita sepanjang masa, dan begitu banyak daripadany­a mengejutka­n kerana tidak menyenangk­an,” kata Hathaway, yang membawa watak seorang wanita yang mengalami masalah bipolar, dalam satu perbincang­an meja bulat mengenai siri itu. “Ia adalah menyenangk­an hati untuk berada dalam ruang di mana kita tidak perlu bekerja begitu gigih untuk melindungi diri sendiri,” katanya, sambil menambah: “Ia adalah antologi kecil yang bagus, tetapi ia bukan peluru ajaib yang akan menyelamat­kan umat manusia.” Pelakon British, Gary Carr, yang berlakon bersama Hathaway, berkata kadang-kadang, “kita hanya memerlukan eskapisme itu, sesuatu yang menyegarka­n”. Bagi Hathaway pula, “percintaan adalah perkara yang begitu lucu, kerana ada orang yang alah kepadanya, dan orang lain – kita amat selesa dengannya dan kita seronok dan kita melihatnya seadanya.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia