Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan suami isteri didakwa seludup pendatang haram

-

KOTA BHARU: Pasangan suami isteri semalam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyeludup seramai 20 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang dilakukan mereka pada September lalu.

Pasangan itu Mahussin Sulaiman, 48, dan Mafuzah Md Isa, 38, mengaku faham pertuduhan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka pada 24 Sept lalu kira-kira jam 1.30 petang didakwa melakukan penyeludup­an migran seramai 20 orang warga Myanmar berusia antara 20 hingga 50 tahun di sebuah rumah di Kampung Tok Leber Beta, Ketereh di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

Sementara itu di mahkamah yang sama, seorang pemandu bas didakwa gagal memastikan enam warga Myanmar berusia antara 20 hingga 30 tahun mempunyai dokumen perjalanan yang sah di Stesen Bas Ketereh pada 22 September lalu.

Tertuduh, Dzulkafli Husain, 56, mengaku faham pertuduhan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas pada tarikh berkenaan pada jam 12.15 tengah hari didakwa mencapai niat umum sebagai operator pengangkut­an bagi tujuan komersil iaitu bas Transnasio­nal, gagal memastikan enam warga Myanmar menaiki pengangkut­an itu memiliki dokumen perjalanan yang sah ke Malaysia di Stesen Bas Ketereh di sini.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Subseksyen 26K(1) ATIPSOM 2007 yang boleh dihukum dibawah Subseksyen 26K(2) akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ahmad Bazli kemudianny­a menetapkan 21 Nov ini untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut dan kesemua mereka tidak dibenarkan ikat jamin.

Kedua-dua kes berkenaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Mahussin (dua kanan) dan Mafuzah (dua kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyeludup 20 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang dilakukan mereka pada September lalu.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Mahussin (dua kanan) dan Mafuzah (dua kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyeludup 20 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang dilakukan mereka pada September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia