Utusan Borneo (Sabah)

Klopp merungut dengan taktik bertahan The Red Devils

Rekod 17 kemenangan berturut-turut Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris berakhir apabila seri 1-1 di Old Trafford

-

Rekod 17 kemenangan berturut-turut Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris berakhir apabila seri 1-1 di Old Trafford

MANCHESTER, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, merungut dengan taktik bertahan Manchester United dan satu keputusan kontrovers­i video bantuan pengadil (VAR) ketika rekod 17 kemenangan berturuttu­rut Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris berakhir apabila seri 1-1 di Old Trafford Ahad lepas.

Gol kontrovers­i Marcus Rashford meletakkan United 1-0 di hadapan pada masa rehat tetapi mereka gagal mempertaha­nkan kedudukan untuk kemenangan yang amat diperlukan apabila pemain gantian, Adam Lallana, mengikat kedudukan lima minit sebelum tamat permainan.

Liverpool kini berkelebih­an enam mata di singahsana liga berbanding juara bertahan, Manchester City tetapi Klopp masih merasakan pasukannya terlepas peluang untuk menambah lagi kekecewaan buat pasukan United yang berada di tangga ke-13 liga.

“Saya fikir semuanya tidak memihak kepada kami, begitu juga prestasi kami dalam separuh masa pertama,” kata Klopp, yang terkilan apabila VAR tidak membatalka­n gol Rashford ekoran kekasaran dilakukan Victor Lindelof ke atas Divock Origi sebelum gol dijaringka­n.

“Saya yakin 100 peratus VAR akan membatalka­nnya,” tambah beliau. “Pengadil membiarkan permainan diteruskan kerana beliau mempunyai VAR tetapi kemudian VAR berkata ‘ia tidak jelas’, jadi kita boleh berkata ia bukan satu kesalahan. Ia satu perkara jelas bagaimana VAR seharusnya digunakan dalam situasi seperti ini.”

Dua pasukan paling berjaya dalam bola sepak Inggeris itu memulakan permainan dengan prestasi yang berbeza.

Bagaimanap­un, United bermain lebih berbeza dengan formasi baharu 3-5-2 oleh jurulatihn­ya, Ole Gunnar Solskjaer, yang berjaya mengurangk­an peluang untuk pendahulu liga.

“Apabila kami datang ke sini tahun ini, tahun lepas dan tahun sebelumnya, mereka hanya bermain secara bertahan. Ia bukan kritikan, ia satu fakta,” tambah Klopp.

“Kualiti yang mereka ada apabila membentuk formasi ini adalah sangat sukar bagi kami. Ia bukan satu alasan, kami perlu melakukan yang lebih baik lagi.

“Kami adalah pasukan yang bagus dan ia normal di mana orang cuba mencari cara untuk menghalang kami.”

United gagal menjaringk­an gol dari dua perlawanan sebelum rehat bola sepak antarabang­sa tetapi mereka akhirnya mempamerka­n kualiti di jentera serangan untuk membuka jaringan, walaupun ia boleh dikatakan bernasib baik apabila gol itu dikekalkan.

Selepas Lindelof mengasari Origi, hantaran tepat Daniel James disempurna­kan Rashford untuk meletakkan United di hadapan.

“Tiada langsung,” kata Solskjaer apabila ditanya jika beliau memikirkan satu kekasaran dilakukan oleh Lindelof.

“Ini bukan sukan bola keranjang, mereka bersentuha­n dan ia tidak jelas dan sememangny­a tidak disengajak­an. Saya tidak fikir ia satu kekasaran.”

United kini mengharung­i permulaan musim yang terburuk mereka dalam 33 tahun dengan satu mata meletakkan mereka masih dua mata di atas zon penyingkir­an tetapi Solskjaer berharap dengan mengikat pendahulu liga, ia terbukti bakal menjadi titik perubahan nasib pasukannya.

“Saya kecewa, saya tidak dapat duduk di sini dan bercakap tentang satu kemenangan tetapi prestasi pasukan adalah sangat positif,” kata beliau. “Satu mata adalah permulaan kepada sesuatu. Kami perlu mula memenangi perlawanan.”

Kekecewaan Liverpool bermula sebelum rehat apabila Sadio Mane melepasi kawalan Lindelof sebelum melakukan jaringan yang difikirkan gol penyamaan tetapi VAR membatalka­n gol itu kerana bola dikatakan terkena tangan Mane ketika menerima bola.

Keadaan tidak berubah selepas rehat walaupun Liverpool menguasai bola tetapi tanpa mencipta peluang berbahaya.

Mereka juga kekurangan ketajaman di jentera serangan ekoran ketiadaan penyerang sensasi, Mohamed Salah, yang mengalami kecederaan.

Lallana, yang hanya bermain 10 minit dalam liga musim ini, dimasukkan pada baki 20 minit permainan dan berada di kedudukan tepat untuk menyempurn­akan hantaran lintang Andy Robertson untuk mengikat kedudukan.

Saya fikir semuanya tidak memihak kepada kami, begitu juga prestasi kami dalam separuh masa pertama.

Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Sane (kiri) diasak hebat oleh Fred ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester pada Ahad lepas.
— Gambar AFP SENGIT: Sane (kiri) diasak hebat oleh Fred ketika bersaing untuk mendapatka­n bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia