Utusan Borneo (Sabah)

‘Selangkah Ke Menara Gading’

Sharifah Nur Halimatul rangkul Anugerah Khas Terbaik Keseluruha­n

-

LABUAN: SMK Labuan mengadakan Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan ‘Selangkah Ke Menara Gading’ di Palm Beach Resort and Spa, malam Ahad lalu.

Majlis yang bermula jam 7.30 malam itu dirasmikan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Dr Suzillah Sidek.

Turut hadir Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah, Yang Dipertua PIBG SMK Labuan Haji Md Yusof Haji Chuchu, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan (JPWPL) Sahbudin Ag Muhamad dan Penolong Kanan Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan Saminan Sabtu.

Majlis itu dihadiri 136 pelajar Tingkatan 6 Atas, 60 ibu bapa dan 38 pensyarah Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan.

Dalam ucapannya, Ismail berkata Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam ini bukan setakat untuk menjadi kenangan manis dan nostalgia kepada para pelajar, tetapi juga sebagai perangsang dan semangat untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat seterusnya.

Beliau berkata prestasi Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan berada pada tahap baik dengan peningkata­n Gred Purata Sekolah dan bilangan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga meningkat.

Katanya, Kohort STPM 2018 mencipta sejarah STPM Pusat Tingkatan

Enam SMKL apabila Farah Ain Nabila Roslizar berjaya mendapat keputusan sempurna PNGK 4.00. Kini Farah Ain sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabang­sa dengan kepujian (Kewangan Antarabang­sa) UMSKAL.

Jelas Ismail, jumlah pelajar STPM 2018 yang dapat melanjutka­n pengajian ke IPTA dan IPTS juga melebihi tahun sebelumnya yang berjumlah 75 orang.

“Kita doakan agar pelajarpel­ajar kohort ini juga akan dapat mencapai kejayaan lebih baik daripada kohort yang lepas. Kita masih mengimpika­n PNGK 3.00 yang belum kesampaian.

“Pelajar-pelajar perlu ingat jika kita dapat mencapai PNGK 3.00 tahun ini, maka nama Jabatan Pendidikan Labuan akan berada di tempat teratas dalam ranking pencapaian mengikut negeri di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Dr Suzilah berkata semua sedia maklum akan dunia pendidikan yang semakin mencabar selari dengan kemajuan dalam pelbagai aspek terutamany­a dalam pembanguna­n negara.

Katanya, pelajar pada hari ini menggalas tanggungja­wab bukan sahaja untuk belajar tetapi dibimbing dan dididik untuk menjadi pewaris negara agar dapat menjadi modal insan yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai akhlak dan sahsiah yang terpuji. ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’, begitulah harapan yang disandarka­n kepada anakanak generasi pada hari ini.

Suzillah berkata majlis graduasi dan peperiksaa­n STPM adalah satu titik permulaan kepada sebuah perjalanan yang bakal diterokai oleh para pelajar.

Tambah beliau, peluang pendidikan dan kemudahan yang disediakan sewajarnya dijadikans­ebagaibatu­loncatan kepada pelajar supaya dapat menguasai ilmu, kemahiran dan membina personalit­i yang cemerlang.

Katanya, pelajar-pelajar seharusnya berupaya menggunaka­n kelebihan yang ada bagi merealisas­ikan impian masing-masing untuk cemerlang dalam peperiksaa­n STPM tidak lama lagi.

“Dengan semangat yang jitu, adalah penting bagi pelajar-pelajar untuk menzahirka­n kejayaan melalui usaha yang berterusan,” katanya.

Pada majlis itu, Anugerah Kokurikulu­m Terbaik Lelaki diberikan kepada Mohamad Azuan Izack manakala Anugerah Kokurikulu­m Terbaik Perempuan disandang Nur Nabilla Hartono.

Irham Zulhilmi Mohd Johan pula meraih Anugerah Khas Kepimpinan manakala Anugerah Khas Terbaik Aliran Sains (Amy Siah Hui Bee).

Anugerah Khas Terbaik Aliran Kemanusiaa­n diberikan kepada Sharifah Nur Halimatul Sa’adiah Wan Muslim.

Beliau sekali lagi menaiki pentas apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Terbaik Keseluruha­n 2019.

 ??  ?? TERBAIK KESELURUHA­N: Dr Suzillah menyampaik­an Anugerah Khas Terbaik Keseluruha­n kepada Sharifah Nur Halimatul sambil diperhatik­an Ismail.
TERBAIK KESELURUHA­N: Dr Suzillah menyampaik­an Anugerah Khas Terbaik Keseluruha­n kepada Sharifah Nur Halimatul sambil diperhatik­an Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia