Utusan Borneo (Sabah)

Fasiliti pengangkut­an awam untuk OKU, warga emas perlu ditambah baik

-

PUTRAJAYA: Audit aksesibili­ti untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di lokasi pengangkut­an awam mendapati terdapat keperluan untuk menambah baik fasiliti tersebut supaya mencapai standard sejagat, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamarudin Jaffar.

Menurutnya, audit aksesibili­ti yang dijalankan Kementeria­n Pengangkut­an itu bertujuan menilai kebolehgun­aan dan tahap keselamata­n kemudahan pengangkut­an yang melibatkan perkhidmat­an bas dan rel, stesen-stesen pengangkut­an awam, lapangan terbang dan perkhidmat­an feri.

Beliau berkata antara contoh keperluan golongan warga emas dan OKU ialah eskalator, lif dan tanjakan, sementara golongan OKU pendengara­n memerlukan pengumuman perubahan jadual perjalanan kereta api dan bas secara visual.

Penyedia dan operator perkhidmat­an bas dan teksi pula perlu memahami keperluan golongan berkerusi roda dengan menjadikan kenderaan mereka mesra OKU, katanya.

“Kementeria­n akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam memastikan hak kesamarata­an golongan rentan (vulnerable), OKU dan warga emas adalah terjamin,” katanya ketika berucap merasmikan seminar ‘Barrier Free In

Transporta­tion’ di sini semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Kamarudin berkata kesemua lapangan terbang dan terminal bas di negara ini sudah diarahkan supaya peka dengan keperluan golongan berkerusi roda dan cacat penglihata­n.

Seminar sehari itu bertujuan mengumpul teguran dan cadangan selain memahami keperluan golongan khas dalam merancang kemudahan pengangkut­an awam negara.

Ia disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat, agensi di bawah Kementeria­n Pengangkut­an, syarikat pengangkut­an swasta, PersatuanB­agiOrangBu­taMalaysia dan Persekutua­n Orang Pekak Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia