Utusan Borneo (Sabah)

Semai semangat kerjasama dalam kalangan murid

-

TAMBUNAN: Pegawai Daerah, Jumain Abdul Ghani menyifatka­n kesetiaan guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) prasekolah menggalas tanggungja­wab membimbing anak-anak dengan penuh dedikasi dan kasih sayang adalah seperti mengajar anak sendiri.

Beliau percaya guru-guru sentiasa menanamkan semangat kerjasama dalam kalangan murid sejak melangkah dalam prasekolah lagi.

“Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajar­an dirancang guru juga semestinya sebagai melahirkan kecemerlan­gan murid di masa hadapan seperti aktiviti membaca, mengira, beriadah dan sebagainya,” katanya berucap merasmikan Hari Kecemerlan­gan Murid-murid Pra Sekolah daerah Tambunan di sini baru-baru ini.

Jumain berkata, adalah amat penting agar anak-anak ini belajar untuk bekerja dalam satu pasukan tanpa mengira kaum dan agama sewaktu mereka masih mentah lagi.

“Ini supaya amalan ini menjadi kebiasaan sehinggala­h mereka dewasa kelak.

“Kata peribahasa, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, adab dan tatacara sewaktu berinterak­si dan berkomunik­asi turut sama diutamakan dan mereka dididik agar dapat berhubung sesama manusia dalam suasana yang aman dan beradab.

Sebagai ibu bapa pula, katanya peranan utama adalah terus membantu guru dalam tugas serta bimbingan di rumah.

“Jika keadaan ini dipupuk dari awal pastinya akan berterusan sehingga mereka dewasa atau ke alam persekolah­an yang lebih mencabar,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengawai Pendidikan Daerah, Aziz Banting, Pegawai Penyelaras Prasekolah Daerah, Rose Vitus, Pengerusi Majlis Permuafaka­tan Guru dan PPM Daerah Tambunan, Yahina @ Sabrina Inggit.

 ??  ?? CENDERAKEN­ANGAN: Aziz (dua kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jumain.
CENDERAKEN­ANGAN: Aziz (dua kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Jumain.
 ??  ?? TAMAT PRASEKOLAH: Jumain menyampaik­an sijil tamat prasekolah kepada salah seorang murid.
TAMAT PRASEKOLAH: Jumain menyampaik­an sijil tamat prasekolah kepada salah seorang murid.
 ??  ?? ALBUM: Guru-guru prasekolah bersama PPM serta tetamu jemputan bergambar selepas selesai majlis.
ALBUM: Guru-guru prasekolah bersama PPM serta tetamu jemputan bergambar selepas selesai majlis.
 ??  ?? RASMI: Gimik perasmian disempurna­kan oleh Jumain.
RASMI: Gimik perasmian disempurna­kan oleh Jumain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia