Utusan Borneo (Sabah)

Ekspresi Media bantu promosi produk, destinasi pelanconga­n di Sabah

-

KOTA KINABALU: Program ‘Ekspresi Media Kinabalu 2019’ yang berkonsepk­an lawatan suai kenal berbentuk interaktif, mampu membantu mempromosi­kan produk dan destinasi pelanconga­n menarik di seluruh Sabah, kata Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof.

Beliauberk­ataprogram­lima hari sehingga hari ini yang disertai lebih 10 penggiat media daripada pelbagai agensi media di Malaysia itu diadakan bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Para peserta dibawa bersiar-siar dari Kota Kinabalu ke Tuaran, Kudat serta Kota Belud dan merasai sendiri pengalaman melawat lokasi menarik yang baharu mahupun yang sedia ada. Pengisian program termasuk pemeriksaa­n produk pelanconga­n baharu dan taklimat oleh para pengusaha industri pelanconga­n,” katanya pada Majlis Sembang Santai program berkenaan, di sini malam kelmarin.

Beliau berkata anggota media juga berpeluang mendekati adat dan budaya tempatan terutamany­a di negeri Sabah yang terkenal dengan pelanconga­n berasaskan komuniti.

“Program ini merupakan satu daripada strategi Tourism Malaysia untuk menembusi dunia digital di mana penggiat media boleh memainkan peranan penting dalam memperkena­lkan produk pelanconga­n melalui sudut penceritaa­n yang mampu memberi impak yang tinggi dalam era digital ini.

“Para peserta program berpeluang melakukan pelbagai aktiviti seperti menginap di dalam khemah mewah atau dikenali sebagai ‘Glamping’ di Cabana Retreat dan menaiki bot menyusuri sungai untuk menghayati pemandanga­n sekitar Pantai Rampayan yang didiami spesies monyet proboscis dan kunang-kunang serta keindahan suasana matahari terbenam,” katanya.

Iskandar Mirza berkata selain itu antara pengisian menarik program adalah pendedahan kepada pelbagai kaum yang unik di bumi Borneo seperti suku kaum Bajau, yang menyambut para peserta dengan berpakaian lengkap tradisiona­l.

Katanya para peserta juga mengunjung­i Bengkel Kraftangan Tenunan Dastar Kota Belud untuk melihat barangan kesenian puak Irranun, menyaksika­n cara pengaitan dan pemakaian etnik ini semasa perayaan majlis atau persembaha­n khas.

“Sehubungan itu, Tourism Malaysia berharap agar para penggiat media sosial yang terlibat akan berkongsi pengalaman dengan pembaca dan pengikut mereka dengan memberikan maklumat serta pengalaman yang diperoleh sepanjang perjalanan program mengenai produk pelanconga­n, sekali gus menimbulka­n minat mereka untuk melawat Negeri di Bawah Bayu ini,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia