Utusan Borneo (Sabah)

Pejabat daerah baharu beri manfaat kepada 40,000 penduduk Kalabakan

- Oleh Hamzah Sanudin

KALABAKAN: Pejabat Daerah Kalabakan yang sudah beroperasi sejak Januari tahun ini memberi kemudahan kepada kira-kira 40,000 pendudukny­a.

Mantan Pegawai Daerah Kalabakan, Jablee Jaratul berkata penduduk tidak perlu lagi berulang-alik ke Tawau sejauh 110 KM untuk membuat pembayaran cukai dan urusan penting yang lain.

“Kita yakin daerah ini akan maju seperti daerah Tawau jika pembanguna­n infrastruk­turnya diperbaiki dan ditambah seperti daerahdaer­ah yang lain,” katanya.

Beliau berkata, seiring dengan kemajuan yang sedia ada kerajaan harus menaik taraf bekalan air dan elektrik di kawasan berkenaan.

“Hal ini, Kalabakan kerap mengalami masalah bekalan air selain terdapat beberapa kampung yang belum diwartakan tidak mendapat bekalan air bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pra Pelancaran Pejabat Daerah Kalabakan di sini, semalam.

Menurutnya, peruntukan kepada Kalabakan sebanyak RM600 juta dalam Pembentang­an Bajet 2020 barubaru ini yang dikhaskan untuk menghubung Jalan Kalabakan-Simanggari­s Indonesia perlu dimanfaatk­an sepenuhnya.

“Kita juga sedia maklum bahawa ibu kota Indonesia juga akan berpindah ke Kalimantan dan peluang ini amat baik untuk daerah ini.

“Saya berharap peruntukan ini dapat disalurkan pada tahun depan bagi menghubung­kan kedua negara termasuk dari aspek pembanguna­n pendidikan,” katanya.

Terdahulu Jablee merupakan mantan Pegawai Daerah Kalabakan yang akan ditugaskan menjadi Pegawai Daerah Telupid dan penggantin­ya Rasyid daripada Pejabat Daerah Tongod.

 ??  ?? JABLEE
JABLEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia