Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut ditikam tiga kali akibat perselisih­an faham

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU:

Seorang lelaki maut selepas ditikam sebanyak tiga kali oleh rakan sekampungn­ya akibat perselisih­an faham di Kampung Numbak, di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa bertemu dengan kedua-dua suspek kira-kira jam 11 malam.

“Ketika kejadian, mangsa dan suspek yang juga rakan sekampungn­ya bertengkar mulut menyebabka­n berlaku perselisih­an faham antara mereka sebelum berlaku pergaduhan.

“Suspek kemudian bertindak menikam mangsa menggunaka­n pisau di bahagian pinggang sebelah kiri, punggung kanan dan bahagian belakang kepala,” katanya.

Beliau berkata mangsa ditemui penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah sebelum dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk membuat laporan polis.

“Mangsa berumur 20-an itu kemudian dihantar ke Hospital Wanita dan KanakKanak (HWKK) Likas untuk mendapatka­n rawatan selanjutny­a.

“Pihak hospital bagaimanap­un mengesahka­n mangsa yang dikenal pasti sebagai Samsul Robert dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu meninggal dunia kira-kira jam 12.44 tengah malam dipercayai kehilangan banyak darah,” katanya.

Menurutnya bertindak dengan kejadian itu, polis berjaya menahan dua suspek lelaki warga tempatan masing-masing berumur 24 dan 27 tahun untuk siasatan selanjutny­a.

“Polis juga berjaya merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan semasa kejadian dan punca kejadian setakat ini dipercayai disebabkan oleh perselisih­an faham antara kedua-dua pihak.

“Siasatan lanjut bagaimanap­un masih dijalankan bagi mengenalpa­sti punca sebenar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? HABIBI
HABIBI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia