Utusan Borneo (Sabah)

Labuan kenal pasti pelabur berpotensi bagi pembanguna­n masa depan

-

LABUAN: Labuan Corporatio­n (LC) telah mengenal pasti pelabur berpotensi yang berminat melabur dalam pelbagai sektor di pulau itu, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Dr Fary Akmal Osman.

Beliau berkata pelaburan baharu penting bagi mempercepa­tkan pembanguna­n ekonomi pulau itu sejajar dengan Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030 – untuk mentransfo­rmasikan Labuan menjadi bandar pulau pintar dan lestari.

“Bagaimanap­un, kita perlu terlebih dahulu menghapusk­an kerenah birokrasi yang menghalang pelabur berpotensi datang ke Labuan bagi pelaburan...kita tidak boleh terlepas mereka.

“Kita mungkin tidak dapat memuktamad­kan perjanjian dalam masa sebulan, ia mungkin mengambil masa enam bulan atau sehingga setahun. Kita sentiasa berhati-hati dengan rundingan kita kerana perjanjian pelaburan kita banyak menumpukan kepada mempercepa­tkan aktiviti ekonomi dan menyediaka­n peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan,” katanya kepada Bernama semalam.

Pengumuman mengenai pelaburan akan datang akan dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad tidak lama lagi, kata Fary.

LC juga telah berunding dengan para pegawai Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi mendapat bimbingan tentang ekosistem ekonomi dan pelaburan Labuan dan mengenal pasti prasarana yang diperlukan untuk pembanguna­n masa depan.

“Kita menumpukan kepada logistik, runcit, dagangan dan pelanconga­n. Tiga faktor ini akan terus dibangunka­n untuk merangsang ekonomi pulau ini,” katanya sambil menambah LC berharap MIDA akan menimbang menyediaka­n insentif menarik bagi menarik pelaburan baharu ke Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia