Utusan Borneo (Sabah)

AET tingkatkan pendapatan pekebun getah

-

BONGAWAN: Dalam lawatan awal pagi kelmarin ke Bongawan, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong berkata pelaksanaa­n Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) untuk pekebun kecil getah telah bermula tahun lalu.

“Pelaksanaa­n AET telah berjaya dilaksanak­an oleh LIGS sebagai langkah meningkatk­an pendapatan pekebun kecil getah.

“Pagi tadi (kelmarin) saya turun ke Kampung Jawa untuk melawat Wandi Warni. Wandi merupakan antara peserta AET LIGS yang menyertai program AET kelulut.

“Saya melawat juga Steven Rantin dan Wolten Guntagil dari Kampung Ulu Lumagar. Mereka merupakan peserta AET yang menanam halia dan lada hitam.

Junz menjelaska­n, AET yang dilaksanak­an oleh LIGS sejak tahun 2019 merupakan inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Pembanguna­n Pertanian Sabah 2021 - 2030, sebuah rancangan strategik bagi meningkatk­an pendapatan pekebun kecil getah.

“Harga getah di peringkat dunia menjunam. Itu di luar kawalan kami. Tetapi di pihak Kerajaan Sabah, kami sedang melakukan yang terdaya.

“Antara inisiatif yang diusahakan adalah Aktiviti Ekonomi Tambahan. Tahun ini kami akan laksanakan lebih banyak program, termasuk pemberian rumah burung walet percuma, penghasila­n madu, penanaman cili, lada hitam, halia, labu dan buahbuahan seperti nanas untuk meningkatk­an pendapatan pekebun kecil getah.

Beliau menambah, berbeza dengan pertuduhan pembangkan­g, pekebun kecil getah Sabah sedang menerima RM2.80 bagi setiap kilo getah yang diusahakan.

“Harga minimum di Sabah adalah RM2.80 sekilo. Harga ini 30 sen lebih tinggi berbanding Semenanjun­g Malaysia. Jadi pertuduhan pembangkan­g adalah tidak betul,” tegasnya.

Katanya, sebab itu penting untuk kita menyokong sepenuhnya Ketua Menteri Sabah, agar suara kita lebih bersatu dan kuat dalam menuntut semula hak Sabah.

 ??  ?? SIMBOLIK: Bung memakaikan Topi BN kepada Lemon bersama 40 yang lain di PDM Kuala Pos.
SIMBOLIK: Bung memakaikan Topi BN kepada Lemon bersama 40 yang lain di PDM Kuala Pos.
 ??  ?? BAGUS: Junz Wong (dua kanan) bersama Steven (tiga kanan) dan Wolten (tiga kiri) menampakan isyarat ‘bagus’ sempena lawatan itu.
BAGUS: Junz Wong (dua kanan) bersama Steven (tiga kanan) dan Wolten (tiga kiri) menampakan isyarat ‘bagus’ sempena lawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia