Utusan Borneo (Sabah)

Kos haji PJH dijangka naik, tetapi kekal munasabah

-

MELAKA: Syarikat yang mendapat lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH), akan memastikan kos mengerjaka­n haji untuk jemaah haji negara ini adalah pada tahap yang munasabah, di sebalik jangkaan peningkata­n kos pengurusan haji.

Pengarah Urusan Rayhar Travels Sdn Bhd Harun KC Ahmmu, syarikat diberikan lesen PJH oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sejak 1991 berkata, pada musim haji lepas kos paling rendah dikenakan syarikatny­a adalah antara RM25,000 hingga RM26,000 seorang.

“Kos dikenakan itu munasabah… mengambil kira kos mengerjaka­n haji dengan berada di Tanah Suci selama 42 hari, margin (keuntungan) diperoleh (syarikat) juga munasabah berbanding kos sebenar. Kita mula dulu pada 1991, kos dikenakan lebih kurang RM6,000 seorang.

“Peningkata­n daripada kos penginapan, makan minum, pengangkut­an, cukai dan terbaharu insurans buat semua jemaah. Dalam konteks ini, kos tambahan itu berlaku tetapi kos haji yang (PJH) tawarkan dipastikan munasabah dan keuntungan diperoleh (PJH) munasabah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Syarikat PJH merupakan agensi pelanconga­n diberikan kebenaran TH mengurus ibadah haji bagi jemaah memilih mengerjaka­n haji menerusi kemudahan disediakan syarikat itu dan jemaah terlibat tidak memperoleh bantuan haji diberikan TH, yang mana ini dilaporkan memberikan penjimatan kos sekitar RM80 juta untuk TH pada musim haji 2018.

Pada 10 Ogos tahun lepas, Bernama melaporkan Pengarah Operasi (PJH) TH, Mat Admara Alang Azizdin sebagai berkata sehingga tarikh itu, sebanyak 22 syarikat mempunyai lesen PJH sah dan seramai 6,140 jemaah haji memilih untuk mengerjaka­n haji menggunaka­n pakej, ditawarkan syarikat itu.

Mat Admara menjelaska­n TH hanya mengenakan kos perkhidmat­an RM500 seorang untuk jemaah haji menerusi PJH, namun menegaskan TH tidak memperoleh sebarang keuntungan bagi jemaah yang memilih mengerjaka­n haji dengan syarikat PJH.

Harun berkata syarikat diberikan PJH diberikan peraturan perlu dipatuhi oleh TH dalam menyediaka­n kemudahan buat jemaah haji, dalam memastikan setiap syarikat terlibat menjaga kebajikan jemaah dengan baik terutama daripada segi penginapan, makan minum dan perjalanan.

“TH sebagai badan kawal selia, tetapkan peraturan dan pantau dengan baik bagi pastikan tiada jemaah teraniaya. Ini penting bagi pastikan jemaah haji Malaysia, tidak jadi mangsa pihak tidak bertanggun­gjawab,” katanya sambil menambah kata syarikatny­a telah menguruska­n lebih 30,000 jemaah haji.

Beliau berkata jemaah haji perlu faham bahawa haji satu ibadat Rukun Islam kelima yang wajib dilakukan oleh mereka yang mampu, dan untuk menunaikan­nya ia memerlukan pengorbana­n. Justeru, perkara seperti jumlah bantuan haji TH, tidak sepatutnya menjadi isu kerana mengeluark­an perbelanja­an bagi mengerjaka­n haji adalah tanggungja­wab jemaah itu sendiri.

“Ada jemaah tidak mahu bantuan haji kerana mahu mengerjaka­n haji dengan 100 peratus wang titik peluh mereka sendiri, ada juga menolak bantuan anaknya kerana mahu gunakan belanja sendiri mengerjaka­n ibadah haji. Dalam istitha’ah (mampu) kewangan, perlulah kita berlapang dada,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Zahafiz Group Sdn Bhd Datuk Seri Zainal Abidin Yusof berkata syarikatny­a mengakui agak terbeban dengan kenaikan kos mengerjaka­n haji serta umrah setiap tahun, namun beliau menjelaska­n pihaknya akan memastikan kos dikenakan kepada jemaah tidak membebanka­n.

“Kalau naikkan sangat harga orang tidak mahu pergi dengan kita, tetapi kalau kekalkan harga lama kos meningkat. Kita tiada pilihan untuk kurangkan margin keuntungan, dahulu dapat sekitar RM1,000 seorang (untung) tetapi sekarang RM500 sahaja,” katanya yang memperoleh lesen PJH pada 2005.

Ditanya tentang kos haji RM9,980 dikenakan TH kepada jemaah hajinya, beliau berkata jumlah itu adalah kecil, dibandingk­an dengan kos keseluruha­n RM22,900, yang menunjukka­n bantuan haji RM12,920 diberikan TH.

“Jika kita lihat tambang sahaja kos tambang sahaja sudah lebih RM7,000 itu belum dikira dengan makan, tempat tinggal dan kursus yang mana kita lihat kos bantuan haji itu terlalu banyak. Jumlah RM9,980 itu wajar dinaikkan kepada jumlah lebih relevan,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours, Datuk Md Daud Che Ngah berkata bermula 1 Januari lepas jemaah haji perlu mengambil beberapa insurans, di Malaysia dan Arab Saudi.

Menerajui syarikat yang memperoleh lesen PJH pada 2006, beliau berkata di Malaysia jemaah perlu mengambil insurans berkelompo­k dan persendiri­an, manakala di Arab Saudi insurans dikenakan untuk menjaga kepentinga­n dan keselamata­n mereka sepanjang berada di Tanah Suci. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia