Utusan Borneo (Sabah)

SEDCO serah zakat perniagaan berjumlah RM200,000 kepada MUIS

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) menyerahka­n zakat perniagaan berjumlah RM200,000 kepada Pusat Zakat Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Dr Hj Hasbullah Hj Mohd Taha berkata, zakat berkenaan akan disalurkan kepada masyarakat Islam kurang bernasib baik di negeri ini khususnya kepada lapan institusi asnaf yang sudah dikenal pasti.

“Kita di MUIS sentiasa berdoa agar SEDCO akan lebih maju di masa hadapan seterusnya mampu mengeluark­an lebih banyak zakat.

“Saya juga berharap syarikat besar di Sabah mampu memberikan sumbangan zakat kepada MUIS agar kutipan yang lebih besar mampu disalurkan kepada golongan memerlukan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan SEDCO 2019, di sini semalam.

Beliau berkata, MUIS akan memperkena­lkan pelbagai pendekatan dalam usaha membantu masyarakat Islam di negeri ini untuk membayar zakat. Sementara itu katanya,

MUIS juga menjalinka­n kerjasama dengan Yayasan Buah

Pinggang Nasional dalam usaha membantu pesakit bagi menjalanka­n rawatan dialisis.

“Ini salah satu usaha kita untuk mengurangk­an beban para pesakit buah pinggang, kita akan memberikan subsidi untuk setiap rawatan itu dan pesakit hanya perlu membayar harga yang rendah.

“Kini kita mempunyai 14 mesin dialisis untuk kegunaan harian kepada pesakit kita,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SEDCO Pengiran Hj Yusof Pengiran Abd Razak

berkata, zakat perniagaan yang diserahkan itu adalah asal dari Ibu Pejabat SEDCO tidak termasuk anak-anak syarikat.

Katanya, sejumlah RM300,000 lagi zakat perniagaan akan diserahkan kepada MUIS dalam tahun ini oleh anak-anak syarikat SEDCO di negeri ini.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Saifuddin Tahir, Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Hj Matussin Hj Awg Damit, Timbalan Setiausaha MUIS, Jainal Sulai serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? SERAH: Hasbullah (tengah) menerima replika cek daripada Yusof pada majlis berkenaan.
SERAH: Hasbullah (tengah) menerima replika cek daripada Yusof pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia