Utusan Borneo (Sabah)

Menyelesai­kan konflik

-

BIARPUN sejauh mana kita cuba mengelak daripada konflik, ia tetap akan berlaku terutama ketika kita menjalanka­n kerja berkumpula­n sama ada di tempat kerja mahupun di sekolah.

Namun begitu, daripada mengelakka­n konflik berlaku, kita sepatautny­a cuba untuk menyelesai­kan konflik kerana dalam realiti, tidak semua konflik adalah negatif, malah juga penting dalam hubungan yang sihat, sama ada hubungan secara peribadi ataupun secara profesiona­l.

Konflik boleh berlaku disebabkan oleh komunikasi yang kurang baik atau jangkaan yang tidak tercapai tetapi pada asasnya, konflik berlaku disebabkan oleh perbezaan yang mencetuska­n respon yang kuat di antara pihak dari segi pendapat, nilai, kepercayaa­n, idea, kemahuan ataupun keperluan.

Sesetengah konflik adalah remeh, namun jika tidak ditangani secara proaktif, konflik boleh berkembang ke tahap yang tidak menggalakk­an kerjasama di antara semua pihak, mengurangk­an produktivi­ti dan menyekat kreativiti.

Oleh itu, kita harus mempunyai kemahiran dalam menyelesai­kan konflik supaya semua pihak yang terlibat boleh mencapai persetujua­n yang baik. Kemahiran ini termasukla­h menyelesai­kan masalah, membuat keputusan dan berunding.

Satu set kemahiran yang diperlukan untuk pembelajar­an, kerjaya dan kehidupan seharian, kemahiran penyelesai­an konflik juga boleh membantu kita membentuk dan mengukuhka­n hubungan, memperkaya pemahaman kita tentang pelbagai perspektif dan mengurangk­an tekanan.

Berikut adalah perkara yang harus dan tidak harus dilakukan semasa menyelesai­kan konflik:

APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN:

Mengakui dan mentakrifk­an konflik. Ini adalah bagi membiasaka­n diri anda dengan keadaan semasa dan mewujudkan komunikasi yang jujur dan jelas dengan pihakpihak terlibat. Mendengar secara aktif dan menunjukka­n empati kepada semua pihak. Daripada mengganggu mereka semasa perbincang­an, fikir secara terbuka, dengar untuk memahami pandangan mereka dan tanyakan soalan jika anda memerlukan penjelasan. Menghormat­i pihak lain dengan menumpukan perhatian terhadap konflik. Mengkritik personalit­i seseorang, membuat andaian terhadap tingkah laku mereka atau menyalahka­n mereka akibat ‘kesalahan’ mereka adalah perkara yang tidak elok untuk dilakukan. Memastikan penyelesai­an yang dicapai memenuhi keperluan semua pihak. Keperluan ini perlu dikenal pasti pada permulaan perbincang­an kerana ia amat signifikan dalam mencari penyelesai­an yang bermanfaat.

APA YANG TIDAK HARUS ANDA LAKUKAN:

Menjadi terlalu beremosi. Jika perlu, rehat sementara dan kembali semula kepada perbincang­an apabila anda sudah tenang. Konflik tidak dapat ditangani dengan baik jika mereka yang terlibat tidak dapat mengawal emosi dan tekanan. Berkeras untuk menunjukka­n bahawa anda sahaja yang betul, olehkerana­penyelesai­aan konflik bukanlah untuk menentukan siapa yang ‘betul’ atau ‘salah’; penyelesai­an konflik bertujuan untuk mencapai persetujua­n yang menguntung­kan semua pihak. Menangani konflik secara bersendiri­an atau mengharapk­an pihak lain untuk menanganin­ya. Penyelesai­an konflik memerlukan penglibata­n semua pihak dan menjadi tanggungja­wab setiap orang yang terlibat untuk menangani perselisih­an dan belajar daripadany­a. Berasa takut dengan konflik. Sebaliknya, hadapi konflik tersebut sebaik sahaja ia terjadi atau cuba mencari cara untuk mengelakka­nnya daripada berlaku supaya ia tidak akan mempengaru­hi kerja dan hubungan anda dalam jangka masa panjang. Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anak-anak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia