Utusan Borneo (Sabah)

MRT 2 siap 70 peratus, mula beroperasi pada 2023: Lim

-

PUTRAJAYA: Pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai BulohSerda­ng-Putrajaya (SSP) atau MRT 2 telah siap sebanyak 70 peratus dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 2023.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata MRT 2 yang dijangka siap pada 2022 itu turutmemba­bitkanpenj­imatan kos sebanyak RM8.82 bilion kepada RM30.53 bilion daripada kos asal pembinaan yang mencecah RM39.35 bilion.

“Tarikh mula operasi bagi fasa pertama MRT 2 iaitu antara stesen Kwasa Damansara dan Kampung Baru kekal sama pada Julai 2021 manakala untuk fasa kedua antara Kampung Batu dan Putrajaya Sentral adalah Januari 2023,” katanya.

Lim berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian tambahan membabitka­n perjanjian rakan pelaksana projek bagi MRT laluan SSP antara Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMCGamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew

Fook,KetuaPegaw­aiEksekuti­f MRT Corp Abdul Yazid Kassim dan Pengarah MMCGamuda KVMRT Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Menurut Lim, perjanjian tambahan itu bagi membolehka­n perubahan ke atas perjanjian rakan pelaksana projek asal yang ditandatan­gani kedua-dua pihak pada 2015 dan merangkumi pelantikan MMC-Gamuda sebagai rakan pelaksana projek (PDP) bagi pembinaan MRT 2.

“Ini adalah hasil daripada inisiatif rasionalis­asi kos oleh kerajaan bagi projek-projek mega yang berjaya mengurangk­an kos pembinaan,” katanya.

Malah, perjanjian itu turut memuktamad­kan proses rasionalis­asi dan berjaya mengurangk­an kos pembinaan MRT2 kepada RM30.53 bilion daripada kos asal RM39.35 bilion, katanya.

“Ini merupakan penjimatan terbesar 22.4 peratus berbanding kos pembinaan asal MRT 2 seperti yang dirundingk­an antara kerajaan dan MMC-Gamuda pada Oktober 2018,” katanya.

Antara penyumbang utama kepada penjimatan kos itu adalah penangguha­n dan rasionalis­asi skop kerja bawah tanah dan bertingkat seperti penundaan pembukaan stesen bawah tanah di Bandar Malaysia, serta penyederha­naan kemasan seni bina stesen.

Ini termasuk perubahan struktur projek dari model rakan pelaksana projek kepada model turnkey yang menghasilk­an penjimatan yuran rakan pelaksana projek, dan rasionalis­asi peruntukan bayaran balik, kontingens­i dan ‘wang provisiona­l,’ katanya.

Lim turut menegaskan, walaupun terdapat perubahan dalam struktur projek, pihak kerajaan telah memastikan supaya sasaran asal penyertaan Bumiputera sebanyak 45 peratus daripada nilai kontrak RM30.53 bilion iaitu RM13.7 bilion adalah dikekalkan.

Ditanya sama ada stesen di Bandar Malaysia akan diteruskan seperti dalam perancanga­n asal, beliau berkata ia bergantung kepada aspek volum dan kapasiti.

Menurutnya, walaupun kerangka stesen bagi Bandar Malaysia telah wujud, namun langkahunt­ukmenerusk­anrancanga­n asal adalah bergantung kepada permintaan di kawasan berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAKAN PELAKSANA: Lim (belakang kiri) bersama Loke menyaksika­n pertukaran Memorandum Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya antara MRT Corp dan MMC-Gamuda JV oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) Abdul Yazid Kassim (dua kiri) dengan Timbalan Pengarah Urusan MMC Gamuda Datuk Ir Paul Ha Tiing Tai di Kementeria­n Kewangan semalam. Turut hadir, Pengarah Projek Laluan SSP Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Amiruddin Ma’aris (kiri) dan Pengarah Urusan MMC Corporatio­n Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh (kanan).
— Gambar Bernama RAKAN PELAKSANA: Lim (belakang kiri) bersama Loke menyaksika­n pertukaran Memorandum Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya antara MRT Corp dan MMC-Gamuda JV oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) Abdul Yazid Kassim (dua kiri) dengan Timbalan Pengarah Urusan MMC Gamuda Datuk Ir Paul Ha Tiing Tai di Kementeria­n Kewangan semalam. Turut hadir, Pengarah Projek Laluan SSP Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Amiruddin Ma’aris (kiri) dan Pengarah Urusan MMC Corporatio­n Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia