Utusan Borneo (Sabah)

Barca taruh kepercayaa­n pada Setien untuk urus kelab

Tumpuan terarah kepada perebutan kejuaraan La Liga dengan Barcelona, Real Madrid terikat mata di tempat teratas

- SELAMAT BERTUGAS:

“Bagi saya, ini adalah kemuncakny­a. Ketika saya seorang pemain, jurulatih cuba menetapkan garis panduan bagi ” saya. Quique Setien Jurulatih Barcelona

MADRID: Pelantikan Quique Setien, murid Johan Cruyff yang setia, oleh Barcelona dibuat sehari selepas Zinedine Zidane memenangi final kesembilan­nya daripada sembilan perlawanan akhir selaku jurulatih Real Madrid.

Dengan kedua-dua pasukan terikat mata di tempat teratas La Liga, perebutan kejuaraan paling sengit di Sepanyol sejak sekian lama bukan sahaja mengenai mata yang dimenangi dan terlepas tetapi juga peraduan identiti dan kepercayaa­n.

Real Madrid, kelab yang mentakrif diri dengan kemenangan, berbanding Barcelona, di mana kemenangan dilihat sebagai hasil daripada sesuatu yang lebih mendalam, stail yang dimulakan oleh Cruyff sehingga ia menjadi falsafah bola sepak mereka.

Atletico Madrid dan Sevilla, kedua-duanya lima mata di belakang, masih memberikan cabaran tetapi bermain kejar-mengejar.

Setien pernah menyatakan dia sanggup memberi jari kecilnya untuk bermain di bawah Cruyff. Sekarang, 34 tahun kemudian, dia ada peluang untuk menghidupk­an ideal tersebut selepas dua tahun di bawah Ernesto Valverde apabila pragmatism­e lebih menentukan rentak permainan.

Jurulatih baharu Barca tidak begitu terkenal di luar Sepanyol dan, pada usia 61 tahun, dia mungkin berada di zaman senja dalam kariernya.

“Bagi saya, ini adalah kemuncakny­a,” katanya ketika dia diperkenal­kan pada Selasa lepas.

Kelab-kelabnya sebelum ini tidak begitu menonjol. Ia termasuk Lugo, Logrones, Las Palmas, Poli Ejido, Racing Santander, Real Betis dan menyelia satu perlawanan bagi Equatorial Guinea.

Senarai trofinya bermula dan berakhir dengan satu Piala Super Sepanyol pada 1985 bersama Atletico Madrid.

Namun kerja dan katakatany­a setakat ini boleh meninggalk­an gambaran seseorang yang telah membuat persiapan untuk membimbing Barcelona sepanjang hayatnya.

“Ketika saya seorang pemain, jurulatih cuba menetapkan garis panduan bagi saya,” kata Setien, bekas pemain antarabang­sa Sepanyol, kepada akhbar Marca pada 2018.

“Tetapi di atas padang, saya cuba meluahkan diri dan saya mula memahami bagaimana perkara benar-benar berfungsi hanya apabila saya melihat permainan Johan Cruyff bersama Barcelona.”

“Memiliki bola menjadikan anda seorang pemain bola sepak, bukan berlari mengejarny­a,” katanya pada tahun lepas.

Ia masih belum diketahui bagaimana pelantikan Setien akan menjejaska­n perebutan kejuaraan La Liga. Adakah para pemain Real Madrid merasakan bahawa peluang mereka semakin cerah atau terjejas ekoran pemecatan Valverde?

Mereka sekarang menentang sebuah pasukan dengan seorang jurulatih yang tidak pernah memenangi, atau malah bersaing untuk, trofi liga utama.

Namun mereka juga mungkin rasa was-was, mengenai kemungkina­n bahawa Barcelona dapat melaksanak­an kepercayaa­n Setien mengenai serangan dan memecut ke depan.

Namun, sementara Barca merenungka­n identiti dan stail mereka, Madrid mungkin rasa selesa dengan kesederhan­aan DNA mereka sendiri.

Kejayaan merupakan perkara yang amat diperlukan oleh kelab itu. Tidak seperti Setien, Zidane merancang taktiknya di sekitar para pemainnya, bukan sebaliknya.

Selepas menjulang Piala Super Sepanyol mereka yang ke-11 pada Ahad lepas, Zidane diminta menjelaska­n bagaimana dia telah memenangi kesemua sembilan perlawanan akhir sebagai jurulatih.

“Itulah kelab ini, kami sentiasa mahu menang,” katanya.

“Pertama sekali, kami ada pasukan yang bagus dan kemudian anda perlu percaya. Kami sudah melakukan itu.”

Zidane telah menunjukka­n selama empat tahun dia berada di Madrid bahawa kebebasan daripada mesej yang rumit, apabila digabung dengan motivasi dan usaha gigih, sudah memadai untuk memacu sesebuah pasukan untuk mencapai kejayaan.

“Apabila anda bekerja bersama para pemain yang berbakat dan berpengala­man, perkara paling penting adalah untuk memastikan mereka sentiasa tenang,” kata Zidane pada 2018, ketika merenungka­n rekodnya yang luar biasa dalam Liga Juara-Juara.

“Itulah apa yang saya perlukan ketika saya seorang pemain, jadi itulah pendekatan yang saya cuba guna pakai sebagai jurulatih.”

Kunci kepada bagaimana Piala Super Sepanyol dan ketibaan Setien mungkin akan menjejaska­n hala tujuh perebutan kejuaraan dijangka lebih jelas pada hujung minggu ini.

Real Madrid, yang didorong oleh kejayaan mereka di Arab Saudi, bermain di tempat sendiri menentang Sevilla pada malam ini (Sabtu) manakala perlawanan pertama Setien akan berlangsun­g esok (Ahad), juga di stadium sendiri, menentang Granada.

Sevilla dijangka akan memberikan ujian yang lebih getir, walaupun satu kemenangan daripada empat perlawanan terakhir mereka dalam liga membayangk­an mereka mungkin bertarung untuk tempat keempat pada Mei dan bukan tempat pertama.

Pasukan Julen Lopetegui terikat mata dengan Atletico Madrid, yang dijangka lebih yakin untuk menyertai semula persaingan selepas persembaha­n yang mengagumka­n di Jeddah menyaksika­n mereka menewaskan Barcelona sebelum mereka tewas kepada Real Madrid dalam penentuan tendangan penalti. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu (kiri) bersama pengarah bola sepak, Eric Abidal (kanan) memberikan ‘pose’ bersama Setien sambil memegang jersi semasa majlis pengenalan di Barcelona.
— Gambar AFP Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu (kiri) bersama pengarah bola sepak, Eric Abidal (kanan) memberikan ‘pose’ bersama Setien sambil memegang jersi semasa majlis pengenalan di Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia