Utusan Borneo (Sabah)

Peratusan mengundi melebihi sasaran

Pilihan Raya Kecil Parlimen P176 Kimanis berjalan lancar, pengundi keluar awal

- Oleh Siti Aisyah Narudin

MEMBAKUT: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK)Parlimen P176 Kimanis merekodkan jumlah peratusan keluar mengundi melebihi jumlah sasaran.

Sehingga jam 4 petang semalam, peratusan keluar mengundi merekodkan jumlah sebanyak 76.14 peratus.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati proses pengundian berjalan lancar dan kebanyakan pengundi keluar awal sejurus PDM dibuka jam 7.30 pagi sehingga semua PDM ditutup pada jam 5 petang.

Kebanyakan pengundi yang keluar pada sebelah pagi terdiri daripada orang dewasa, manakala selepas tengah hari ramai pengundi muda keluar menunaikan tanggungja­wab masing-masing.

Secara keseluruha­nnya, terdapat 19 pusat mengundi dan 68 saluran dibuka bagi

PRK Kimanis ini.

Parlimen Kimanis mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Membakut dan Bongawan membabitka­n jumlah pengundi keseluruha­n seramai 29,664 orang.

PRK Parlimen Kimanis menyaksika­n pertembung­an satu lawan satu di antara calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Karim Bujang dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

Kedua-dua calon menunaikan tanggungja­wab masing-masing pada sebelah pagi sebelum membuat tinjauan di beberapa kawasan PDM sekitar Kimanis.

Karim yang tiba seawal jam 8.52 pagi di PDM Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis selesai mengundi pada jam 9 pagi manakala Mohamad selesai menunaikan tanggungja­wab mengundi di SK Our Lady of Fatima Kelatuan pada jam 9.14 pagi.

Ketua Menteri yang juga Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal membuat kelainan dengan tampil secara berkonvoi motosikal untuk melawat beberapa PDM di Kimanis, Bongawan dan Membakut bermula jam 10 pagi.

 ??  ??
 ??  ?? TUNAITANGG­UNGJAWAB:Salahseora­ngwargaema­sdatangber­kerusiroda­untuk menunaikan tanggungja­wab mengundi.
TUNAITANGG­UNGJAWAB:Salahseora­ngwargaema­sdatangber­kerusiroda­untuk menunaikan tanggungja­wab mengundi.
 ??  ?? SELESAI: Mohamad (kanan) selesai mengundi di PDM SK Lady of Fatima Kelatuan.
SELESAI: Mohamad (kanan) selesai mengundi di PDM SK Lady of Fatima Kelatuan.
 ??  ?? KONVOI: Shafie membonceng motosikal berkonvoi untuk melawat beberapa PDM sekitar Kimanis, Bongawan dan Membakut.
KONVOI: Shafie membonceng motosikal berkonvoi untuk melawat beberapa PDM sekitar Kimanis, Bongawan dan Membakut.
 ??  ?? MENGUNDI: Karim tiba di PDM SK Kimanis untuk menunaikan tanggungja­wab mengundi.
MENGUNDI: Karim tiba di PDM SK Kimanis untuk menunaikan tanggungja­wab mengundi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia