Utusan Borneo (Sabah)

Industri pembinaan hadapi cabaran getir

SBA berharap Tahun Baharu Cina 2020 bawa banyak berita baik daripada kerajaan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Persatuan Pembina Sabah (SBA) berharap sambutan Tahun Baharu Cina 2020 membawakan lebih banyak berita gembira daripada kerajaan negeri kepada semua ahlinya.

Presiden SBA Ir Lou Chi Nam berkata, industri pembinaan negeri ini berhadapan dengan cabaran getir sepanjang tahun lepas berikutan keadaan ekonomi global yang merundum serta perang perdaganga­n di antara China dan Amerika Syarikat.

“Berikutan itu, ramai pemaju dan pembina di Sabah berhadapan dengan kesukaran untuk mengekalka­n operasi mereka disebabkan kekurangan jumlah volum dalam industri ini.

“SBA berharap, kerajaan Sabah akan membawa berita gembira sempena dengan Tahun Baharu Cina kali ini dengan memberikan lebih banyak kontrak kerajaan dalam sektor pembinaan,” katanya ketika ditemui selepas menyerahka­n sumbangan kepada Rumah Kebajikan

Bukit Harapan, di sini semalam.

Beliau berkata, harapan yang tinggi diletakkan kepada kerajaan kini untuk memulihkan ekonomi negeri dan negara seterusnya mampu menarik lebih banyak pelabur ke Sabah.

Katanya, keadaan ekonomi makmur itu sekali gus mampu mewujudkan banyak peluang dalam sektor pembinaan yang akhirnya memperbany­akkan lagi projek pembanguna­n dalam negeri ini.

Dalam pada itu, SBA turut mengadakan lawatan ke Cheshire Home Likas untuk menyerahka­n sumbangan serta barangan makanan.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Presiden SBA Henry Tsen, Bendahari Kehormat SBA Johnny Wong, Pembantu Bendahari Kung Ping Kun, Setiausaha Agung SBA Ir Chaw Zie Der, Pembantu Setiausaha Ralph Chung dan ahli jawatan kuasa

SBA Chong Kai Kap serta Presiden Kehormat sepanjang hayat Choo Kim Min.

“Saya berharap sumbangan-sumbangan ini mampu mendatangk­an kegembiraa­n kepada para penghuni di kedua-dua rumah kebajikan ini sempena Tahun Baharu Cina kali ini,” katanya.

 ??  ?? SERAH: Lou (tujuh kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Pengurus Bukit Harapan Audra Keyworth.
SERAH: Lou (tujuh kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Pengurus Bukit Harapan Audra Keyworth.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia