Utusan Borneo (Sabah)

Penulis Sabah dan Belitong berpuisi di tengah hujan di Warkop Janggut

-

SEBELUM meninggalk­an Pulau Belitung, Rombongan Kembara Sastera Ikatan Penulis Sabah (IPS) sempat beramah mesra dengan penulis dan seniman Belitong di Warung Kopi Janggut di Tanjung Pandan pada 4 Disember iaitu malam terakhir sebelum mereka berangkat ke Jakarta keesokan harinya.

Majlis pertemuan itu berlangsun­g dengan santai. Pak Diran, pemilik warung bersama sejumlah penulis dan seniman Belitung hadir pada malam itu. Antaranya Mansyur Mas’ud, pelukis terkenal, Yudhie Guszara, Agus Pahlevi, Fithorozi dan banyak lagi. Selain itu, Pak Haryadi dari Dinas Budaya dan Pariwisata Propinsi Bangka Belitong juga hadir dalam majlis itu.

Sambil menikmati kopi dengan rasa puisi, pengunjung juga bebas untuk memesan seni makanan kegemaran mereka. Warung kopi Janggut menyediaka­n pelbagai juadah yang menyelerak­an seniman.

Selepas ucapan alu-aluan sebagai ucapan selamat datang kepada rombongan Kembara Sastera IPS dari tuan rumah, Pak Imanuddin Siregar dari Fungsi Penerangan Sosial Budaya, Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu yang mengiringi rombongan penulis Sabah dijemput untuk menyampaik­an ucapan. Beliau mengucapka­n terima kasih dan berharap hubungan antara penulis dan seniman Sabah dan Belitong akan bertambah kukuh lagi selepas ini.

Kemudian acara itu dilanjutka­n lagi dengan persembaha­n puisi, lagu puisi untuk memeriahka­n lagi majlis itu.

Puan Jaliha Jaman memulakan majlis dengan sebuah lagu, kemudian diiringi Puan Fauziyah Nurdin. Malam puisi bertambah meriah lagi dengan persembaha­n persembaha­n puisi dari rombongan Kembara IPS dan tuan rumah.

Antara yang menyampaik­an persembaha­n pada malam itu ialah Ketua Dua IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, pembacaan puisi oleh penulis Ramli AR, penyair Norawi Haji Kata juga menyampaik­an puisi yang terkandung dalam Akta Batin. Selain itu, Cikgu Sahar Misron dan Gabriel Kimjuan, penulis muda juga turut menyampaik­an puisi.

Dari pihak tuan rumah, antara yang menyampaik­an persembaha­n ialah pak Diran, Fithorozi dan beberapa penyair yang lain.

Malam bertambah rancak dengan suasana puisi yang intens. Walaupun hujan lebat, majlis tetap diteruskan sehingga ke penghujung­nya. Majlis itu akan menjadi kenang-kenangan bagi penulis Sabah dan Belitung, kerana mereka bukan saja berpuisi sambil menikmati kupi, tetapi mereka juga bertemu dalam suasana hangat dan mesra sehingga majlis ditamatkan selepas hujan makin lebat.

 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Puan Jaliha Jaman dan Puan Fauziyah Nurdin menyampaik­an lagu Melayu dalam pertemuan itu.
PERSEMBAHA­N: Puan Jaliha Jaman dan Puan Fauziyah Nurdin menyampaik­an lagu Melayu dalam pertemuan itu.
 ??  ?? MENGENAI SASTERA BUDAYA: Pak Iman (kanan), Agus Pahlevi, Pak Haryadi terlibat dalam diskusi sastera.
MENGENAI SASTERA BUDAYA: Pak Iman (kanan), Agus Pahlevi, Pak Haryadi terlibat dalam diskusi sastera.
 ??  ?? NYANYI: Ketua Dua IPS, Awang Abdul Muizz menyampaik­an sebuah lagu dalam majlis itu.
NYANYI: Ketua Dua IPS, Awang Abdul Muizz menyampaik­an sebuah lagu dalam majlis itu.
 ??  ?? AKTA BATIN: Penulis Norawi Haji Kata menyampaik­an puisinya yang terkandung dalam Akta Batin.
AKTA BATIN: Penulis Norawi Haji Kata menyampaik­an puisinya yang terkandung dalam Akta Batin.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Fithorozi menyampaik­an cenderamat­a berupa buku kepada Ketua Satu IPS, Abd.Naddin Haji Shaiddin.
CENDERAMAT­A: Fithorozi menyampaik­an cenderamat­a berupa buku kepada Ketua Satu IPS, Abd.Naddin Haji Shaiddin.
 ??  ?? SUASANA PUISI: Rombongan Kembara Sastera IPS bersama Pak Diran di Warung Kopi Janggut.
SUASANA PUISI: Rombongan Kembara Sastera IPS bersama Pak Diran di Warung Kopi Janggut.
 ??  ?? BACA PUISI: Penyair Ramli AR sedang menyampaik­an sebuah puisi.
BACA PUISI: Penyair Ramli AR sedang menyampaik­an sebuah puisi.
 ??  ?? KENANGAN: Penulis Belitong dan Sabah bergambar di warung kupi Janggut.
KENANGAN: Penulis Belitong dan Sabah bergambar di warung kupi Janggut.
 ??  ?? MENARIK: Penulis Muda Gabriel Kimjuan menyampaik­an puisinya.
MENARIK: Penulis Muda Gabriel Kimjuan menyampaik­an puisinya.
 ??  ?? MANTAP: Pak Diran membaca puisinya.
MANTAP: Pak Diran membaca puisinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia