Utusan Borneo (Sabah)

Konsul Tawau ‘terkejut’ insiden terbaharu di perairan Tambisan

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau Sulistidjo Djati Ismojo mengakui terkejut dengan insiden terbaharu yang menimpa lapan warganya di perairan Tambisan, Tungku, Lahad Datu.

Kesemua nelayan itu disyaki diculik ketika keluar menangkap ikan antara jam 9 hingga 10 malam, Khamis, namun, Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali mengesahka­n tiga daripada mereka terselamat.

Manakala, status lima lagi nelayan kapal pukat tunda yang berdaftar di Sandakan terbabit, belum diketahui dan ESSCom masih menyoal siasat ketiga-tiga nelayan yang ‘bebas’.

Mengulas kes itu, Djati berkata pihaknya terkejut kerana kes baharu itu berlaku ketika Kerajaan Indonesia masih menunggu penyerahan bekas tawanan kumpulan penculik, Muhammad Farhan Mahruddin, 27, daripada Kerajaan Filipina.

“Farhan masih di Filipina dan belum diserahkan kepada Jakarta, kita juga difahamkan kes terbaharu itu berlaku di lokasi sama dengan insiden culik pada 23 September tahun lepas.

“Buat masa ini, kita belum menerima pemberitah­uan rasmi daripada ESSCom dan mungkin esok (hari ini) ada pegawai KRI Tawau dihantar ke Lahad Datu,” katanya.

Menurutnya, KRI Tawau kini dalam peringkat pengumpula­n maklumat berhubung insiden yang berlaku dan akan menyediaka­n laporan kes itu untuk Kerajaan Indonesia di Jakarta.

Difahamkan, sebuah kapal pukat tunda ‘kosong tanpa pengendali’ yang berdaftar di Sandakan ditemui nelayan tempatan Tambisan kirakira jam 12.34 tengah hari, Jumaat.

Semua juragan dan kru nelayan yang menaiki kapal terbabit dilaporkan hilang, namun ESSCom kemudianny­a mengesahka­n tiga terselamat dan lima lagi dikhuatiri diculik.

Dalam kes berasingan, lokasi kejadian itu dikatakan berlaku berhampira­n tempat tiga bekas tebusan iaitu Farhan, Maharudin Lunani, 48, dan Samiun Maneu, 27, diculik.

Berdasarka­n kenyataan Djati sebelum ini, Maharudin dan Samiun yang ditemui dan diselamatk­an tentera Filipina pada 22 Disember lepas, sudah diserahkan kepada Jakarta.

Farhan yang diselamatk­an menerusi operasi ketenteraa­n di Wilayah Selatan Filipina awal minggu ini pula, berada di Filipina dan belum diserahkan kepada Kerajaan Indonesia.

 ??  ??
 ??  ?? DJATI
DJATI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia