Utusan Borneo (Sabah)

KIMANIS KEKAL MILIK BN

Mohamad memperoleh 12,706 undi, manakala Karim mendapat 10,677 undi

-

BEAUFORT: Barisan Nasional (BN) mengekalka­n kerusi Parlimen Kimanis apabila calonnya, Datuk Mohamad Alamin, diisytihar­kan menang dengan majoriti besar 2,029 undi.

Beliau memperoleh 12,706 undi, menewaskan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang yang mendapat 10,677 undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jupari@Jupry Etok, di pusat penjumlaha­n undi di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, di sini, kira-kira jam 9.30 malam.

Pengumuman itu disambut tepukan dan sorakan penyokong BN serta parti-parti pembangkan­g Sabah yang berkumpul sejak proses pengiraan undi bermula.

Mohamad, 48, adalah Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan selama satu penggal selepas menang PRU-13 tapi tewas kepada WARISAN dalam PRU-14.

Karim, 66, adalah Ketua WARISAN Bahagian Kimanis dan pernah menjadi ADUN Bongawan selama lima penggal atas tiket BN-UMNO sebelum tidak dicalonkan dalam PRU-13.

Sementara itu, proses pembuangan undi yang bermula seawal jam 7.30 pagi berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) - Bongawan dan Membakut - dengan jumlah 29,664 pemilih layak mengundi, termasuk sembilan pengundi awal yang mengundi pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Mohamad bersama jentera BN berkumpul di markas operasi parti itu di Kimanis bagi mengikuti perkembang­an keputusan menerusi siaran secara langsung menerusi media sosial.

Selepas kemenangan berpihak kepada BN, penyokong parti bersorak dan mengangkat Mohamad sambil bernyanyi.

Selepas itu, Mohamad dan penyokong parti kemudian bergerak ke Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di sini, di mana pengumuman rasmi dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Antara yang hadir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan bekas

 ?? — Gambar James Tseu ?? BN MENANG: Najib (kanan) bersama Ahmad Zahid (dua kiri) dan Bung Moktar (kiri) mengangkat tangan Mohamad (dua kanan) selepas keputusan PRK Kimanis diumum memihak kepada BN malam semalam.
— Gambar James Tseu BN MENANG: Najib (kanan) bersama Ahmad Zahid (dua kiri) dan Bung Moktar (kiri) mengangkat tangan Mohamad (dua kanan) selepas keputusan PRK Kimanis diumum memihak kepada BN malam semalam.
 ??  ?? Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.
Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia