Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan 24 PTI seberang ke Filipina dari jalan tikus gagal

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Maritim Malaysia Zon Tawau berjaya menangkap seramai 24 pendatang tanpa izin (PTI) disyaki cuba menyeberan­g keluar dari perairan negara secara tidak sah di sekitar perairan Sungai Membalua, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva A/L Vengadasal­am berkata tangkapan dibuat pada jam 2.30 pagi semasa bot peronda Maritim sedang menjalanka­n rondaan dan pemeriksaa­n rutin dalam Ops Pluto Timur 2/13 di sekitar kawasan tanggungja­wab.

“Hasil daripada maklumat bot penumpang itu dipercayai menuju keluar dari daerah ini menuju ke sebuah pulau di Filipina.

“Berdasarka­n maklumat yang diberikan oleh penumpang berkenaan juragan yang membawa mereka bertindak terjun ke laut setelah menyedari kehadiran anggota Maritim,” katanya semasa sidang medianya di sini.

Mengulas lanjut, pemeriksaa­n awal mendapati terdapat 24 penumpang di dalam bot tersebut yang terdiri daripada 11 lelaki dewasa, tiga wanita dewasa dan 10 kanak-kanak berumur dalam lingkungan 2 hingga 57 tahun.

“Anggota Maritim yang membuat pemeriksaa­n ke atas penumpang terbabit mendapati kesemuanya gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, pemeriksaa­n lanjut turut menemukan 875 liter minyak petrol dalam 35 jerikin dan empat tong gas LPG di dalam bot pam tersebut.

“Kesemua barang kawalan yang dirampas juga tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya.

Siva berkata, kesemua tangkapan dan bot pam serta barang rampasan dibawa masuk ke jeti Pos Inderasaba­h untuk siasatan lajut dan anggaran kesemua rampasan bernilai RM16,009.20.

“Kes tersebut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekala 1961 kerana disyaki gagal mematuhi undangunda­ng sedia ada dengan melalui laluan yang tidak diwartakan,” katanya lagi.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Siva ditemui semasa sidang media di pejabat Zon Maritim Tawau.
SIDANG MEDIA: Siva ditemui semasa sidang media di pejabat Zon Maritim Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia