Utusan Borneo (Sabah)

USIA Tenom ziarah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Menara Pamilaan

- Oleh Kenneddy Corlleus

TENOM: Kejadian malang yang menimpa sebuah keluarga yang terlibat dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Menara Pamilaan minggu lepas mendapat perhatian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian Tenom.

Rombongan USIA bahagian Tenom yang diketuai oleh Ketua Belia USIA Sabah Jamawi Jaafar yang juga Timbalan Ketua USIA bahagian Tenom yang disertai bersama Ketua Usia Bahagian Tenom Padiuman Abd Majid, Ketua Wanita Hajah Aini Abdullah, Ketua Belia Imam Mohd Taslim Haji Tahir dan ahli jawatan bahagian, Wanita dan Belia turut menziarahi keluarga mangsa menyampaik­an takziah di samping menyampaik­an sumbangan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Dalam kejadian yang berlaku minggu lepas seorang ibu dan tiga anaknya dan seorang anak buah rentung dalam kebakaran yang telah memusnahka­n keseluruha­n struktur rumah tersebut.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam itu, mangsa yang rentung dikenali sebagai Khatijah Omar, 35 dan tiga anaknya iaitu Sapura, 3, Zahid, 6, dan Sakirin, 9.

Seorang lagi mangsa ditemui rentung dikenali sebagai Adira Suhaili, 12, iaitu anak saudara kepada Khatijah.

Sementara suami Khatijah, Sudirman Hajar melecur di kepala dan tangan.

Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong ketika ditemui selepas program ziarah ini berkata, USIA bahagian

Tenom amat bersimpati dan turut berdukacit­a dengan kejadian malang ini.

“Hari ini kami dari USIA bahagian Tenom hadir bagi menyampaik­an rasa simpati kami kepada ahli keluarga yang terlibat di samping menghulurk­an sedikit sumbangan kepada ahli keluarga mangsa bagi meringanka­n beban mereka,” katanya ketika ditemui selepas ziarah tersebut pada petang Jumaat lepas.

Dalam pada itu Jamawi turut mengingatk­an agar penduduk di kawasan tersebut berhati- hati dalam penggunaan benda-benda yang boleh menyebabka­n kebakaran seperti penggunaan dapur gas, dan sentiasa memantau sistem pendawaian elektrik di rumah.

“Kita perlu sentiasa mengawasi perkara perkara yang boleh menyebabka­n kebakaran terutamany­a sistem pendawaian di rumah, jika ianya telah lama digunakan perlu ada pendawaian semula dan mematuhi peraturan serta nasihat pihak Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Jamawi sambil disaksikan Ketua USIA bahagian Tenom Padiuman Abd Majid menyerahka­n sumbangan USIA bahagian Tenom kepada waris mangsa semasa ziarah tersebut.
SUMBANGAN: Jamawi sambil disaksikan Ketua USIA bahagian Tenom Padiuman Abd Majid menyerahka­n sumbangan USIA bahagian Tenom kepada waris mangsa semasa ziarah tersebut.
 ??  ?? TINJAU: Jamawi bersama rombongan ketika melihat Suasana persekitar­an rumah yang terbakar semasa ziarah tersebut.
TINJAU: Jamawi bersama rombongan ketika melihat Suasana persekitar­an rumah yang terbakar semasa ziarah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia