Utusan Borneo (Sabah)

Layang-Layang Hill Park tumpuan baharu penggemar pendakian

- Oleh Kenneddy Corlleus

KEMABONG:BukitLayan­gLayang yang dijenamaka­n semula sebagai Layang-Layang Hill Park berpotensi besar sebagai lokasi baharu aktiviti pendakian atau ‘hiking’ yang mampu menggamit kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Terletak 27 kilometer (KM) dari pekan Tenom iaitu diantara lebuh raya yang menghubung­kan Kemabong, Tenom ke Sipitang di kawasan DUN Kemabong, LayangLaya­ng Hill Park menjanjika­n satu pengalaman baharu yang menarik bagi penggemar aktiviti mendaki.

Selain keindahan alam dan faunanya yang diseliputi hutan dara (Hutan Simpan Gunung Lumaku) pelbagai spesies tumbuhan seperti periuk kera, orkid , pokok-pokok yang berusia lebih 100 tahun, Layang-Layang Hill Park juga merupakan kawasan berhawa sejuk sekitar 22 darjah Celsius sesuai untuk aktiviti perkhemaha­n dan apabila berada di puncaknya pengunjung dapat menikmati keindahan alam dan pemandanga­n yang mengagumka­n terutamany­a ketika matahari mula terbit dan terbenam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar ketika merasmikan pelancaran pembukaan rasmi Layang Layang Hill Park baru-baru ini berkata, beliau yakin kawasan tersebut akan berkembang maju sebagai satu lagi produk pelanconga­n berasaskan komuniti khususnya di kawasan Kemabong.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini adalah menjadi matlamat saya bagi menjadikan Kemabong sebagai pusat pelanconga­n berasaskan

Komuniti di mana LayangLaya­ng Hill Park yang diurus oleh Koperasi Kumalut Berhad, bukan sahaja memberi peluang kepada pekerjaan kepada penduduk tempatan, sekali gus membuka peluang baru sebagai sumber bagi penduduk setempat menjana ekonomi melalui sektor ini,” katanya.

Menurut Jamawi selain menambah baik kemudahan asas di kawasan ini usaha untuk mempromosi­kan kawasan ini sama ada melalui media cetak media maya dan sebagainya perlu diperhebat­kan agar masyarakat luar mengetahui lokasi dan keindahan kawasan ini terutamany­a pelancong dari dalam dan luar negara.

Sebelum itu, Jamawi bersama kira-kira 100 penggemar sukan mendaki, memulakan pendakian sekitar pukul 8.00 pagi di mana penyertaan yang bukan sahaja datangnya dari daerah Tenom malah peserta dari luar daerah.

“Kita percaya dengan sambutan sebegini, ianya suatu petanda yang baik untuk lokasi ini yang bakal menggamit kehadiran ramai peminat sukan lasak dan juga orang ramai datang beriadah bersama keluarga di sini.

Bagi penggemar aktiviti mendaki yang berkunjung di kawasan ini mereka boleh berhubung dengan Koperasi Kumalut Berhad di talian 0113397 9823 di mana pelbagai pakej disediakan untuk mereka yang ingin berkunjung ke kawasan ini.

 ??  ?? ALBUM: Jamawi (tengah) bersama peserta yang lain mengambil gambar kenangan sebelum memulakan pendakian Layang-Layang Hill Park Kemabong.
ALBUM: Jamawi (tengah) bersama peserta yang lain mengambil gambar kenangan sebelum memulakan pendakian Layang-Layang Hill Park Kemabong.
 ??  ?? PELANCONG LUAR: Pelajar UK Cadet School turut melawat kawasan ini.
PELANCONG LUAR: Pelajar UK Cadet School turut melawat kawasan ini.
 ??  ?? UNIK: Jamawi bersama pendaki yang lain memerhatik­an bungkahan batu yang ada di puncak gunung ini.
UNIK: Jamawi bersama pendaki yang lain memerhatik­an bungkahan batu yang ada di puncak gunung ini.
 ??  ?? CANTIK: Pandangan di waktu matahari terbenam dari puncak Layang-Layang Hill Park.
CANTIK: Pandangan di waktu matahari terbenam dari puncak Layang-Layang Hill Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia