Utusan Borneo (Sabah)

Pullman Miri Waterfront raikan 200 tetamu sempena Tahun Baharu Cina

-

MIRI: Kira-kira 200 tetamu terdiri daripada badan korporat, kerajaan dan media tempatan hadir memeriahka­n majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina di Pullman Miri Waterfront (PMW) di sini, malam kelmarin.

Acara tahunan anjuran PMW itu turut membawa tetamu jemputan khas iaitu seramai 25 kanak-kanak ditemani lima pengiring dari Tudan Methodist Church.

Seperti kebiasaann­ya sebagai simbolik merayakan sambutan Tahun Baharu Cina, acara menggaul ‘Yee Sang’ diadakan diketuai oleh Pengurus Hotel Alan Tham bersama ketua-ketua jabatan hotel tersebut.

Majlis makan malam itu diserikan dengan kemunculan ‘Cai Shen’ atau Dewa Kekayaan yang menyapa para tetamu dan menceriaka­n kanak-kanak yang hadir.

Para tetamu kemudianny­a dibawa ke Pullman Kitchen dan diberi peluang merasai hidangan bufet Tahun Baharu Cina akan datang yang disediakan oleh Cef Eksekutif Gerald Then dan pasukan dapurnya.

Tujuh jenis menu khusus

TBC disediakan iaitu ‘Norwegian Salmon Yee Sang,’ ‘Braised Dried Scallop with Crab Meat and Dried Seafood soup,’ ‘Roasted Eight Treasure Glutinous Rice with Duck,’ ‘Steamed Dragon Tiger Garoupa with King Soya Sauce and Chinese Wolfberry,’ ‘Stir Fried Prawns with Black Pepper Butter Cream and Crispy Dumplings,’ ‘Braised Ten Head Abalone with Inari Dumplings’ dan ‘Sweet Fancy Pastries.’

Hidangan tersebut boleh dinikmati dengan harga RM1,088 bagi sebuah meja dengan 10 orang bermula dari 24 sehingga 26 Januari.

Mereka yang berminat dinasihatk­an untuk membuat tempahan 24 jam sebelum makan malam dan deposit sebanyak 50 peratus iaitu RM544 adalah diperlukan.

Pada malam sebelum Tahun Baharu Cina, PMW turut menawarkan hidangan makan malam dengan harga RM98 bagi dewasa sehingga 26 Januari.

Bagi yang membuat tempahan awal sehingga 20 Januari bakal menikmati diskaun 20 peratus bagi harga dewasa manakala kanak-kanak antara umur enam sehingga 12 tahun boleh menikmati diskaun 50 peratus semasa bufet makan malam.

Hidangan ‘Yee Sang’ boleh didapati dengan tiga variasi iaitu salmon berharga RM88 bagi berasaskan sayuran dan RM118 berasaskan buah, abalone (RM150 berasaskan sayuran/RM180 berasaskan buah) dan udang karang (RM170 berasaskan sayuran/ RM200 berasaskan buah).

PMW juga menawarkan hamper Tahun Baharu Cina berharga RM168 satu set dan di dalamnya merangkumi ‘Pineapple Tarts,’ ‘Love Letters or Egg Rolls,’ ‘Sweet Potato Candies,’ ‘Vegetable Chips,’ ‘Glutinous Rice Cake,’ ‘Chocolate Cookies Sticks,’ ‘Butter Cookies,’ ‘Chocolate Pralines dan ‘Nutty Granules.’

Hamper ini boleh didapati di gerai Tahun Baharu Cina di lobi PMW sehingga sambutan Cap Goh Mei pada 8 Februari.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh layari laman Facebook, Instagram dan Twitter PMW atau hubungi 085-323888 atau 016-8639527.

 ??  ?? SIMBOLIK: Alan (lima kanan) bersama ketua-ketua jabatan hotel bersedia menggaul ‘Yee Sang.’
SIMBOLIK: Alan (lima kanan) bersama ketua-ketua jabatan hotel bersedia menggaul ‘Yee Sang.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia