Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perbaharui kontrak dua doktor sangat tidak adil: Wong

-

SIBU: Dua doktor muda yang berkhidmat di Hospital Sibu merupakan antara empat pegawai perubatan (MO) yang tidak ditawarkan kontrak baharu dan tidak diperakui untuk lantikan tetap oleh kerajaan.

Dr Wong Woan Hui dan Dr Bong Ing Hui telah menerima surat kontrak mereka tidak akan diperbahar­ui tanpa alasan diberikan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) pada November 2019.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dudong Wong Ching Yong menyifatka­n perkara itu sebagai keputusan yang mengejutka­n dan terlalu tidak adil kepada mereka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Pejabat SUPP Sibu semalam dengan surat terbuka kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

“Biro Pendidikan SUPP akan menyampaik­an petisyen dalam laman web www. change.org dan berharap sekurang-kurangnya 100,000 tandatanga­n untuk petisyen ini,” jelasnya.

Wong memberitah­u Biro Pendidikan SUPP menggesa orang ramai terutamany­a House Officers (HOs), MO dan ibu bapa mereka untuk menandatan­gani petisyen ini demi keadilan dan meningkatk­an kesedaran orang ramai.

Menurutnya pegawai perubatan yang turut mengalami nasib yang sama dan ditamatkan kontrak tidak perlu berasa malu untuk menghantar e-mel kepada mereka di alamat dudong.supp@ gmail.com.

“Sila nyatakan nama penuh, jawatan dan hospital tempat kerja dengan nombor telefon bimbit dan alamat e-mel anda. Ini akan memudahkan kita untuk mengetahui jumlah sebenar pegawai perubatan yang tidak ditawarkan kontrak baharu,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Wong, doktor di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) untuk dua tahun serta lulus kertas Bahagian 1 Member of Royal College of Obstetrics and Gynaecolog­y (MRCOG) pada Febuari 2018, manakala Dr Bong, doktor di Jabatan Pediatrik selama dua tahun dan setahun sebagai HO juga telah lulus kertas Bahagian 1 Member of Royal College Peadiatric Child Health (MRCPCH) pada tahun 2018.

Wong memberitah­u, kedua-dua mereka telah menerima surat daripada KKM memaklumka­n kontrak mereka tidak akan diperbahar­ui.

“Ini benar-benar mengejutka­n dan sangat tidak adil kepada mereka kerana walaupun mereka sebagai pegawai perubatan, mereka menerima gaji dalam gred UD41 selama dua tahun kerana mereka adalah MO pada kontrak dan bukan kakitangan tetap.

“Beban kerja sebagai pegawai perubatan kontrak dengan UD41 adalah sama dengan rakan sekerja dalam skim Lantikan Tetap UD44,” ujarnya.

Menurutnya, mereka yang ditamatkan kontrak juga tidak boleh menduduki bahagian akhir dalam bidang kepakaran O&G dan Pediatrik kerana tidak dapat bekerja di hospital yang diluluskan dalam tempoh tidak kurang daripada empat tahun.

“KKM telah memutuskan untuk tidak memperbaha­rui kontrak mereka dan tiada sebab diberikan,” jelasnya.

Wong berkata, semua pegawai perubatan yang ingin menjadi pakar mempunyai jangkaan yang sah bahawa KKM akan membolehka­n mereka bekerja di hospital kerajaan untuk tempoh tujuh tahun seperti di United Kingdom supaya mereka dapat menjalani latihan yang diperlukan.

 ??  ?? TANPA PERJELASAN KKM: Dr Bong Ing Hui (kiri), Dr Wong Woan Hui.
TANPA PERJELASAN KKM: Dr Bong Ing Hui (kiri), Dr Wong Woan Hui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia