Utusan Borneo (Sabah)

Dua doktor wanita muda harap kontrak untuk latihan doktor pakar diperbahar­ui

-

SIBU: Dua doktor wanita muda yang kontrak mereka tidak diperbahar­ui sejak November tahun lepas berharap kontrak mereka diperbahar­ui untuk membolehka­n mereka menamatkan program latihan empat tahun sebagai doktor pakar.

Dr Wong Woan Hui, 29, dan Dr Bong Ing Hui, 30, telah melengkapk­an latihan selama dua tahun apabila kontrak pelantikan pegawai perubatan mereka tidak diperbahar­ui.

“Kami berharap dapat kembali dan meneruskan latihan perubatan kerana jika kami mahu menjadi pakar di Malaysia, kami perlu dilatih di hospital kerajaan di bawah pakar perubatan yang berpengala­man.

“Program latihan pakar ini mengambil masa sekurangku­rangnya empat tahun dan ketika kami memulakan program ini, kami berada di bawah kontrak dua tahun.

“Kami fikir kami dapat memperbaha­rui kontrak, tetapi kerajaan tidak memperbaha­rui kontrak dan kami juga tidak diberi sebarang sebab padahal kami mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai masalah disiplin,” kata Dr Wong.

Dr Wong yang sedang menjalani latihan untuk menjadi pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) telah lulus kertas Bahagian 1 Member of Royal College of Obstetrics and Gynaecolog­y (MRCOG) pada Febuari 2018.

Manakala Dr Bong yang menjalani latihan pakar klinik kanak-kanak juga telah lulus kertas Bahagian 1 Member of Royal College Peadiatric Child Health (MRCPCH) pada tahun sama.

Kedua-dua doktor juga mengatakan mereka telah menulis surat kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) supaya kontrak mereka diperbahar­ui, tetapi tidak ada maklum balas setakat ini.

Buat masa ini, Dr Wong berkhidmat sebagai ‘locum doctor’ di sebuah hospital swasta di Sibu, sementara Dr Bong sedang menunggu untuk memulakan perkhidmat­annya pada Mac depan.

Dr Wong berkelulus­an dari

University of Southampto­n di United Kingdom (UK), manakala Dr Bong dari University of Aberdeen, UK.

Kedua-duanya menjalani ‘housemansh­ip’ di UK.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sibu Dr Albert Yong yang baru bermula sebagai pegawai perubatan berkata, kontrak tiga tahunnya akan tamat pada Mei depan.

Dr Yong berkata, beliau sedang menunggu surat sama ada kontraknya diperbahar­ui atau beliau mungkin mendapat lantikan tetap sebagai doktor perubatan.

“Tidak seperti Dr Wong dan Dr Bong, saya menjalani latihan ‘housemansh­ip’ di Malaysia, jadi kontrak pertama saya adalah tiga tahun dan akan tamat pada Mei ini.

“Ada kemungkina­n kerajaan tidak akan memperbaha­rui kontrak saya, namun setakat ini belum berlaku kepada House Officers (HOs) yang dilatih dalam negara ditamatkan perkhidmat­an mereka selepas menjalani ‘housemansh­ip’,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia