Utusan Borneo (Sabah)

PDRM KK solat Jumaat bersama penduduk Kg. Warisan

- Oleh Abdul Naddin Hj. Shaiddin

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kota Kinabalu diketuai ACP Haji Habibi Haji Majinji Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu diiringi oleh ACP Goerge Abd Rakman, Timbalan Ketua Polis Daerah dan bersama anggota menunaikan solat Jumaat bersama penduduk kampung di Masjid Muhajirin, Kampung Warisan Inanam, pada Jumaat.

Kira-kira 300 penduduk di kawasan sekitar hadir bersama menunaikan solat Jumaat bersama pasukan keselamata­n PDRM itu.

Majlis bersama penduduk yang membawa tema ‘Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada’ dan ‘Keselamata­n dan Kesejahter­aan Keutmaan Kami’ adalah betujuan bagi merapatkan lagi hubungan di antara pihak keselamata­n dan penduduk kampung dan masyarakat bagi mendapatka­n maklumat dan info yang dapat dikongsika­n bersama bagi mengekang dan membantera­s sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Dalam majlis itu, Khatib dan Imam solat Jumaat dipimpin oleh Insp. Shafik Ulkaseh Suffian daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Kinabalu yang membawa tajuk khutbah ‘Mengingat Kematian Menyucikan Jiwa’.

Pihak PDRM daerah Kota Kinabalu akan mengadakan majlis seumpama ini bukan sahaja di Masjid Muhajirin Kampung Warisan tetapi juga di kawasan lain di masjid-masjid di sekitar daerah Kota Kinabalu.

Antara yang hadir dalam majlis itu Pegawai Rendah Polis, Pegawai Kanan, Ketua-ketua Polis Balai, Ketua-ketua Bahagian, kakitangan awam, Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Muhajirin, Haji Ahmad Asoi, Ketua Kampung Kampung Warisan Manaf Boleh dan Ketua Kampung Kalansanan, Jainin Jinin.

 ??  ?? KENANGAN: Habibi (tengah)bergambar dengan para jemaah sejurus selepas menunaikan solat Jumaat bersama penduduk kampung di Masjid Muhajirin Kampung Warisan, Inanam.
KENANGAN: Habibi (tengah)bergambar dengan para jemaah sejurus selepas menunaikan solat Jumaat bersama penduduk kampung di Masjid Muhajirin Kampung Warisan, Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia