Utusan Borneo (Sabah)

Atasi ketakutan tidak rasional sertai pemeriksaa­n kesihatan

Kejahilan juga faktor kadar penyertaan program kekal rendah: Wee

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Ketakutan tidak rasional terhadap penyakit serius yang dialami antara faktor ramai anggota masyarakat tidak mahu menyertai kempen atau program pemeriksaa­n kesihatan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, ia turut menyebabka­n kadar penyertaan dalam program pemeriksaa­n kesihatan kekal rendah dalam kalangan masyarakat, khasnya di Kuching.

“Keengganan berbuat demikian boleh dikaitkan dengan kebimbanga­n yang tidak munasabah dan kos dalam kalangan masyarakat.

“Sebab lain seperti kejahilan dan ketakutan yang tidak rasional terhadap penyakit serius turut menyumbang kepada kadar penyertaan yang rendah dalam program pemeriksaa­n kesihatan.

“Kita sering mendengar daripada orang yang kita sayangi, bahawa mereka ‘lebih memilih untuk tidak tahu mengenai penyakit mereka’ dan terus hidup dengan ‘aman’ (tanpa gangguan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kesihatan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) 2020 yang dihadiri Naib Pengerusi MMA Sarawak Dr Ong Eng Joe di sini, semalam.

Wee memberitah­u, penafian sedemikian akan memudaratk­an lagi keadaan perubatan mereka.

“Sebab lain seperti kejahilan dan ketakutan yang tidak rasional terhadap penyakit serius turut menyumbang kepada kadar penyertaan yang rendah dalam ” program pemeriksaa­n kesihatan.

Dato Wee Hong Seng Datuk Bandar MBKS

Beliau berkata, mereka hanya mencari atau mendapatka­n perhatian perubatan apabila gejala penyakit menjadi tidak tertanggun­g lagi atau sudah terlambat.

Katanya, ahli dari badan perubatan sering mengeluh bahawa pesakit mereka yang menghidap penyakit serius boleh sembuh dengan mudah sekiranya mereka mendapatka­n rawatan sebaik sahaja simptom penyakit dikesan.

“Sehubungan itu adalah menjadi tanggungja­wab bagi kita untuk menjelaska­n penafian mereka ini dan memberi nasihat bagi mengatasi psikologi mereka.

“Kita mesti menjelaska­n kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kita bahawa tindakan penafian mereka itu akan membawa kesan yang serius kepada orang sekeliling mereka,” tegasnya.

Malahan kata Wee, rawatan yang terlambat boleh menyebabka­n kos lebih tinggi kepada pesakit.

Beliau memberitah­u, ini terutamany­a kepada golongan B40 apabila kos perubatan tambahan itu boleh dielakkan jika mereka mendapatka­n rawatan lebih awal.

Bagaimanap­un katanya, beliau gembira bahawa sistem penjagaan kesihatan awam masih mampu dan akses kepada semua masyarakat.

“Selain hospital kerajaan, klinik swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga menawarkan bantuan perubatan kepada mereka yang memerlukan seperti MMA (Sarawak) yang telah memberi perkhidmat­an kepada komuniti melebihi profesion mereka,” katanya.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TERTARIK: Wee (tengah) melawat pameran yang diadakan sempena Karnival Kesihatan MMA 2020 di Kuching, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TERTARIK: Wee (tengah) melawat pameran yang diadakan sempena Karnival Kesihatan MMA 2020 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia