Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Kesihatan MMA platform dapatkan peluang mengenai pemeriksaa­n kesihatan

-

KUCHING: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menganjurk­an Karnival Kesihatan MMA 2020 secara serentak di 11 negeri termasuk Sarawak sebagai platform kepada rakyat mendapatka­n peluang mengenai pemeriksaa­n kesihatan.

Karnival Kesihatan MMA 2020 diadakan semalam bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, menekankan tentang kepentinga­n kesihatan dan sebahagian daripada programnya adalah ceramah dan aktiviti yang meningkatk­an kesedaran dalam kalangan awam termasuk menderma organ.

Presiden MMA yang juga pengerusi pengelola Karnival Kesihatan MMA 2020, Dr N. Ganabaskar­an berkata, karnival itu juga usaha mencapai masyarakat terutamany­a kumpulan B40 dan M40 di negara ini mengenai pencegahan penyakit yang boleh menyebabka­n kos tinggi rawatannya.

“Dalam tugas kami, kami telah melihat bagaimana keluarga kurang berkemampu­an menanggung kos rawatan untuk orang disayangi terutama yang menghidap penyakit serius.

“Banyak kes ini boleh dicegah jika ahli keluarga memperkasa­kan pengetahua­n yang betul tentang penyakit dan memilih gaya hidup dengan rawatan awal,” ujarnya menerusi kenyataan media sempena Karnival Kesihatan MMA 2020 di sini, semalam.

Sehubungan itu kata Dr Ganabaskar­an, MMA komited mengadakan karnival berkenaan agar orang ramai boleh mendapatka­n peluang mengenai kesihatan kepada mereka sama ada pemeriksaa­n kesihatan percuma, berjumpa pakar perubatan, mendapatka­n nasihat selain ceramah kesihatan dan aktiviti lain disediakan.

“MMA amat prihatin terhadap peningkata­n dalam kes diabetes, penyakit jantung, obesiti dan jenis kanser yang mencapai paras yang membimbang­kan di Malaysia.

“Kos untuk merawat masalah kesihatan yang serius ini juga tinggi dan penyelesai­an jangka panjang sangat diperlukan.

“Sebagai doktor, saya rasa kita mempunyai tanggungja­wab untuk membantu mendidik orang ramai mengenai akibat pilihan gaya hidup yang buruk yang boleh membawa kepada penyakit selain betapa pentingnya untuk mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan berjadual dan pemeriksaa­n awal untuk mengurangk­an statistik yang membimbang­kan ini,” katanya. Tambah beliau, karnival itu juga akan meningkatk­an kesedaran mengenai sumbangan organ melalui ceramah dalam programnya.

Katanya, sehingga kini lebih 20,000 rakyat Malaysia memerlukan organ penderma.

“Hampir 450,000 telah didaftarka­n sebagai penderma organ tetapi ada cabaran yang dihadapi apabila tiba masanya untuk menderma organ-organ ini, ia mendapat bantahan daripada keluarga penderma dan orang tersayang.

“Maka itu kita berasakan, lebih banyak pendidikan dalam kalangan orang awam diperlukan untuk mengatasi cabaran-cabaran ini “kata Dr Ganabaskar­an.

Di Kuching, Karnival Kesihatan MMA 2020 diadakan di sebuah hotel yang disempurna­kan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng dan dihadiri Naib Pengerusi MMA Sarawak Dr Ong Eng Joe.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? CERAMAH: Wee (kiri), Dr Ong (dua kanan) bersama tetamu jemputan lain mendengar ceramah kesihatan sempena Karnival Kesihatan MMA 2020 selepas majlis perasmian, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi CERAMAH: Wee (kiri), Dr Ong (dua kanan) bersama tetamu jemputan lain mendengar ceramah kesihatan sempena Karnival Kesihatan MMA 2020 selepas majlis perasmian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia