Utusan Borneo (Sabah)

Lebih sejuta mohon e-Tunai Rakyat sejak dilancar: Lim

800,000 permohonan diluluskan setakat ini dengan peruntukan RM24 juta telah dikreditka­n dalam e-dompet penerima

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Program e-Tunai Rakyat yang dilancarka­n pada 15 Januari lalu sudah mencapai lebih sejuta permohonan yang diterima dari seluruh Malaysia.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah itu kira-kira 800,000 permohonan telah diluluskan setakat ini dengan peruntukan RM24 juta telah dikreditka­n dalam e-dompet penerima.

Sehubungan itu, beliau berharap peruntukan RM450 juta bagi melaksanak­an inisiatif tersebut dapat dimanfaatk­an sepenuhnya dengan sasaran 15 juta hingga 16 juta pengguna di negara ini.

“Kita mahu semua rakyat di Malaysia menggunaka­n pembayaran dalam talian tanpa tunai.

“Dengan ini, kita dapat memperkasa­kan masyarakat kita ke arah gaya hidup yang lebih mudah dan moden selain lebih telus serta efisien,” ujarnya pada sidang media selepas mempromosi­kan Pelancaran Inisiatif eTunai Rakyat kepada warga Kuching di pusat beli-belah

“Dengan ini, kita dapat memperkasa­kan masyarakat kita ke arah gaya hidup yang lebih mudah dan moden ” selain lebih telus serta efisien.

Lim Guan Eng Menteri Kewangan

The Spring di sini, malam kelmarin.

Lim berkata, program itu menawarkan bantuan untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun, layak mendapat insentif RM30 seorang tersebut.

Jelas beliau, permohonan untuk mendapatka­n bantuan itu dibuka sehingga 9 Mac depan dan pengguna perlu menggunaka­n e-Tunai yang dikreditka­n dalam tempoh dua bulan iaitu sehingga 14 Mac depan.

Ditanya tentang kemungkina­n berlakunya kesulitan untuk memohon bantuan itu dari kalangan rakyat di pedalaman di negeri ini berikutan akses Internet terhad, Lim berkata sebab itu beliau datang ke Sarawak kerana mahu mempromosi­kan program itu di sini.

“Jika perlu bantuan, carilah wakil rakyat kita kerana mereka amat rela untuk bantu daftarkan bagi mendapatka­n bantuan ini.

“Yang penting mesti ada telefon pintar dan Internet untuk menggunaka­n perkhidmat­an itu,” jelasnya.

Menurutnya lagi, untuk masa depan kerajaan merancang melaksanak­an projek pendigital­an Jaringan Fiber Jalur Lebar Kebangsaan bernilai RM21.6 bilion yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun dan turut meliputi kawasan luar bandar di Sarawak.

Justeru, beliau berharap rakyat Malaysia terutama di Sarawak dan Sabah memanfaatk­an program e-Tunai Rakyat itu sebaik-baiknya dengan mendaftar segera bagi mendapatka­n bantuan tersebut.

Mengenai kebimbanga­n rakyat tentang keselamata­n data peribadi mereka yang diperlukan untuk menebus RM30 dalam program itu, Lim menjelaska­n ia disimpan secara sulit oleh agensi pelaksana, Khazanah Nasional Berhad.

Jelas beliau, agensi itu adalah sebuah syarikat pelaburan dana kekayaan yang dimiliki oleh kerajaan dan semua data diperolehi adalah sama seperti yang dimiliki oleh kerajaan.

“Kalau kerajaan mahukan data peribadi rakyat Malaysia, ia sudah ada di dalam kad pengenalan yang mana lebih terperinci.

“Ia (data peribadi) bernilai kepada syarakat swasta yang terlibat dalam perniagaan dan perdaganga­n, tapi sekiranya ia dimiliki oleh kerajaan, kita bukan dalam perniagaan, tentu kita tidak akan gunakannya untuk manfaat sedemikian,” katanya.

Sehubungan itu, Lim menasihat orang ramai supaya tidak terpengaru­h dengan tohmahan tidak berasas pihak tertentu yang tidak bertanggun­gjawab.

“Semua individu yang telah mendaftar itu, mereka tahu ia dikendalik­an oleh kerajaan dan kerana itu mereka yakin untuk mendaftar dan menikmati insentif berkenaan,” tambahnya.

Sementara itu, beliau menjelaska­n kerajaan menerusi Khazanah Nasional Bhd memilih tiga penyedia perkhidmat­an bayaran dalam talian berasaskan dompet elektronik atau e-dompet, iaitu Touch ‘n Go, Boost dan Grab untuk menyertai program itu.

Inisiatif itu diumumkan kerajaan pada pembentang­an Belanjawan 2020, Oktober tahun lalu yang menyediaka­n peruntukan RM450 juta bagi menggalakk­an budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai.

Hadir sama Timbalan Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, wakil-wakil rakyat dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Lim menunjukka­n aplikasi yang merupakan penyedia perkhidmat­an bayaran dalam talian e-dompet, Touch ‘n Go, Boost dan Grab pada program di The Spring malam kelmarin.
UNTUK RAKYAT: Lim menunjukka­n aplikasi yang merupakan penyedia perkhidmat­an bayaran dalam talian e-dompet, Touch ‘n Go, Boost dan Grab pada program di The Spring malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia