Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak negeri kedua paling aktif menggunaka­n Boost di Malaysia

-

KUCHING: Sarawak kekal negeri kedua paling aktif menggunaka­n Boost di Malaysia selepas Sabah sejak aplikasi e-dompet itu diperkenal­kan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Mohd Khairil Abdullah berkata, setakat ini seramai 100,000 pengguna aktif aplikasi e-dompet itu di Sarawak yang mana Boost turut mempunyai kira-kira 7,100 rakan niaga di sini.

“Kita mahu semua rakyat Sarawak menggunaka­n aplikasi e-dompet Boost ini kerana pada ketika ini, kita mempunyai 100,000 pengguna aktif di negeri ini iaitu antara negeri paling ramai menggunaka­n pembayaran tanpa tunai.

“Malah, kadar purata aktiviti berdasarka­n transaksi yang dijalankan rakan niaga di sini lebih tinggi iaitu 53 peratus berbanding 26 peratus peringkat nasional,” ujarnya pada sidang media di pusat beli-belah The Spring sini, kelmarin.

Malah, beliau mendedahka­n purata perbelanja­an pengguna Boost di Sarawak juga menunjukka­n peningkata­n iaitu daripada RM45 seminggu kepada RM350 seminggu.

Sehubungan itu, Khairil berkata pihaknya menyasarka­n untuk meningkatk­an jumlah pengguna aktif di negeri ini iaitu kepada satu juta pengguna dalam tempoh dua tahun.

Menyentuh tentang program e-Tunai Rakyat, beliau menjelaska­n ia adalah inisiatif yang baik kerana menggalakk­an rakyat Malaysia mengamalka­n gaya hidup tanpa tunai.

Tambahnya, kerajaan telah memperuntu­kkan RM450 juta untuk inisiatif e-Tunai

Rakyat dan ia dijangka memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000.

Selain itu katanya, Boost akan menawarkan pelbagai ganjaran dan tawaran menarik untuk dinikmati oleh para pengguna dengan rangsangan digital RM30 serta lebih banyak cara untuk pengguna mendapat lebih nilai ke atas rangsangan digital berkenaan.

“Bagi menggalakk­an inklusivit­i digital, penyedia perkhidmat­an e-dompet tempatan ini turut menawarkan pelbagai ganjaran kepada mereka yang tidak layak menerima e-Tunai Rakyat.

“Boost amat berbesar hati dan rendah diri dipilih oleh

Kementeria­n Kewangan sebagai salah satu e-dompet rasmi bagi pelaksanaa­n eTunai Rakyat di samping menyumbang ke arah pembanguna­n masa depan digital dan tanpa tunai negara.

“Inisiatif e-Tunai Rakyat adalah satu titik permulaan yang baik untuk rakyat yang ingin mengenali dan menjadi pengguna baharu e-dompet serta menikmati kemudahan gaya hidup tanpa tunai.

“Kami yakin bahawa 2020 adalah tahun yang baik bagi memulakan gaya hidup tanpa tunai dan kami berhasrat untuk memainkan peranan besar dalam membantu memacu agenda tanpa tunai kerajaan,” jelasnya.

Sementara itu, Khairil memberitah­u untuk menuntut e-Tunai Rakyat RM30 melalui aplikasi Boost, pengguna perlu mengikuti tiga langkah mudah, iaitu pertama mengesahka­n akaun dengan mengikuti langkahlan­gkah yang dinyatakan untuk mengambil gambar kad pengenalan dan swafoto mereka.

Selepas pengesahan diterima katanya, pengguna perlu menekan butang mengemukak­an tebusan bagi menyemak kelayakan yang akan dilakukan oleh Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN).

“Kelayakan pengguna akan dimaklumka­n dalam tempoh lima hari bekerja dan setelah pengesahan dan semakan kelayakan berjaya, RM30 akan dikreditka­n secara automatik ke dalam akaun Boost dan sedia untuk digunakan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, ganjaran lebih besar, lebih menarik Boost menawarkan empat cara lain untuk memberi ganjaran kepada pengguna dan nilai tambah ke atas rangsangan e-Tunai Rakyat.

Pertama, bagi tambah nilai rangsangan digital RM30, semua pengguna Boost yang mengemukak­an tebusan akan mendapat satu ‘Shake Reward’ dan berpeluang untuk memenangi sehingga RM8,888.

Kedua kata beliau, banyak jenama terkenal yang merangkumi pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, hiburan, fesyen dan peruncitan telah bekerjasam­a dengan Boost bagi menyokong inisiatif itu dan memacu pembayaran digital.

“Ketiga, Boost turut memberi ganjaran kepada pengguna yang membawa rakan serta ahli keluarga mereka untuk menyertai revolusi tanpa tunai ini.

“Akhir sekali, sempena perayaan Tahun Baharu Cina, pengguna juga boleh mengambil bahagian dalam ‘Ang Pow Challenge’,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Rakan Niaga Boost Eric Chong berkata, masih terdapat banyak peluang untuk Boost berkembang maju di negeri ini.

Jelasnya, Boost menyasarka­n untuk memperluas­kan perkhidmat­an e-dompet mereka ke setiap pusat belibelah, pasar raya, medan selera termasuk pasar basah di seluruh Sarawak.

Hadir sama Pengarah Produk dan Pemasaran Boost Ungku Liza Ungku Halmie, Pengurus Wilayah Sarawak Frisca Freddy dan kakitangan Boost lain.

 ??  ?? MUAT TURUN SEKARANG: Khairil ditemani (dari kiri) Liza, Eric dan Frisca memperkena­lkan aplikasi Boost.
MUAT TURUN SEKARANG: Khairil ditemani (dari kiri) Liza, Eric dan Frisca memperkena­lkan aplikasi Boost.
 ??  ?? PENERANGAN: Khairil (kiri) ditemani Eric dan Liza mengadakan sidang media di The Spring, malam kelmarin.
PENERANGAN: Khairil (kiri) ditemani Eric dan Liza mengadakan sidang media di The Spring, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia