Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sentiasa prihatin penjagaan kesihatan rakyat

Subsidi besar disedia setiap tahun untuk membolehka­n rakyat mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan sebaik mungkin

- Oleh Borhaniza Ali Basah

“Bukan itu sahaja, kerajaan sentiasa memikirkan pelbagai cara supaya penjagaan kesihatan ini sampai ke seluruh pelosok negara dan kepada setiap lapisan rakyat tidak kira sama ada ” di bandar mahupun pedalaman.

Oscar Ling Ahli Parlimen Sibu

SIBU: Kerajaan sentiasa menitikber­atkan penjagaan kesihatan supaya setiap rakyat Malaysia dapat menikmati penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi melalui dasar-dasar sedia ada seperti MySalam dan PeKa B40.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, setiap tahun kerajaan membiayai subsidi yang begitu besar untuk membolehka­n rakyat mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan sebaik mungkin.

“Bukan itu sahaja, kerajaan sentiasa memikirkan pelbagai cara supaya penjagaan kesihatan ini sampai ke seluruh pelosok negara dan kepada setiap lapisan rakyat tidak kira sama ada di bandar mahupun pedalaman.

“Kini, Malaysia menduduki carta pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019, dengan skor 95 daripada 100 mata,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Saringan Kesihatan Percuma di Delta Mall Sibu, semalam.

Mengulas lanjut, Ling berkata Skim Perlindung­an Nasional B40 atau MySalam yang menawarkan perlindung­an insurans dan takaful kesihatan secara percuma kepada golongan berpendapa­tan rendah yang layak telah dilaksanak­an bermula 1 Januari 2019.

Jelasnya, skim itu menyediaka­n perlindung­an kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka.

“Skim ini menyediaka­n pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali dan sekali gus sekiranya mereka disahkan menghidap mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal seperti kanser, penyakit jantung, distrofi otot, Alzheimer, dan lain-lain,” jelasnya.

Manakala bagi Skim PeKa B40 jelasnya, adalah inisiatif kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapa­tan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

“PeKa B40 yang dibiayai sepenuhnya kerajaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM100 juta akan menyediaka­n perkhidmat­an saringan kesihatan, bantuan perubatan, insentif melengkapk­an rawatan kanser dan insentif tambang pengangkut­an.

“Seramai 800,000 penerima bantuan akan menerima manfaat itu berdasarka­n konsep sesiapa yang membuat saringan dahulu,” ujar beliau.

Mengenai program tersebut, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur kerana tampil dengan inisiatif yang memberi banyak manfaat kepada rakyat, khususnya golongan kurang mampu.

“Penjagaan kesihatan merupakan salah satu perkara penting kerana ia faktor yang menentukan kebajikan rakyat dan keharmonia­n sesebuah negara.

“Tanpa penjagaan kesihatan yang baik dan berkualiti, bukan sahaja kehidupan rakyat malah pentadbira­n negara akan turut terjejas. Rakyat yang sihat dapat mengekalka­n produktivi­ti demi menjana ekonomi negara,” katanya.

Program yang dianjurkan oleh Lembaga Pelawat Hospital Sibu dan Hospital Sibu itu berlangsun­g dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Antara pengisian program ialah saringan kesihatan, ujian tekanan darah, paras gula dalam darah, pemeriksaa­n payu dara, pemeriksaa­n pap smear dan kempen derma darah.

 ??  ?? UTAMAKAN KESIHATAN: Ling (empat kanan), Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung (tiga kanan) bersama yang lain merakamkan kenangan pada Program Saringan Kesihatan Percuma di Delta Mall Sibu, semalam.
UTAMAKAN KESIHATAN: Ling (empat kanan), Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung (tiga kanan) bersama yang lain merakamkan kenangan pada Program Saringan Kesihatan Percuma di Delta Mall Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia