Utusan Borneo (Sabah)

Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab: Saifuddin

PKR keluarkan surat tunjuk sebab atas dakwaan salah laku disiplin

-

PETALING JAYA: PKR mengeluark­an surat tunjuk sebab kepada Naib Presidenny­a Zuraida Kamaruddin, berhubung dakwaan salah laku disiplin.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, surat itu telah dikeluarka­n kepada Ahli Parlimen Ampang itu, kelmarin.

“Bermula kelmarin, beliau ada 14 hari untuk beri penjelasan dan selepas itu barulah Lembaga Disiplin akan buat apa-apa tindakan selanjutny­a, sama ada pendengara­n atau digugurkan. Itu dalam tanggungja­wab Lembaga Disiplin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini, semalam.

Turut hadir pada mesyuarat itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada surat itu dikeluarka­n atas sebab ucapan ataupun kehadiran Z urai dada lam mesyuarat mesyuarat parti, Saifuddin Nasution bagaimanap­un enggan mengulas lebih lanjut.

“Saya tak privy kepada itu sebab pengerusi Lembaga Disiplin hanya melaporkan perkara itu (di dalam mesyuarat hari ini) sebab itu dalam bidang kuasa beliau,” katanya.

Selain itu, Saifuddin Nasution turut memaklumka­n ahli Majlis Pimpinan Pusat AMK Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz, antara yang ditahan dalam serbuan ‘pesta’ dadah di sebuah kondominiu­m Ahad lepas, digantung keahlian parti serta-merta sehingga kes itu selesai disiasat polis.

Beliau turut mengumumka­n rombakan kecil keahlian Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR seperti dipersetuj­ui mesyuarat semalam, termasuk pelantikan beberapa ahli MPP baharu, menggantik­an beberapa MPP yang dilantik sebelum ini yang digugurkan.

Ini termasuk Dr Lee Boon Chye menggantik­an Lee Khai Loon dan Rodziah Ismail menggantik­an Syed Ibrahim Syed Noh.

“Oleh kerana Lee Khai Loon bukan lagi MPP yang dilantik dan beliau juga ahli Lembaga Rayuan parti, dengan beliau digugurkan maka MPP umum pelantikan Jun Leow Ahli Parlimen Hulu Selangor menggantik­an tempatnya (dalam Lembaga Rayuan parti),” katanya.

Beliau berkata sementara jawatan Pengarah Strategik parti yang kini dipegang Datuk Mansor Othman diganti

“Bermula kelmarin, beliau ada 14 hari untuk beri penjelasan dan selepas itu barulah Lembaga Disiplin akan buat apa-apa tindakan selanjutny­a, sama ada pendengara­n atau digugurkan. Itu dalam ” tanggungja­wab Lembaga Disiplin.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Setiausaha Agung PKR

oleh Sim Tze Tzin, dengan jawatan Mansor sebagai ahli MPP kekal, disebabkan beliau dipilih dan bukannya dilantik. “Rombakan kecil ini dianggap perkara biasa terutama selepas parti mengadakan kongres tahunan,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Anwar meninggalk­an Ibu Pejabat PKR selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Anwar meninggalk­an Ibu Pejabat PKR selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia