Utusan Borneo (Sabah)

Martabat golongan pekerja terus dijulang Kementeria­n Sumber Manusia

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sumber Manusia mencatat pelbagai kejayaan dan pencapaian membanggak­an sepanjang 2019 dalam menaikkan martabat golongan pekerja dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Menerusi laporan Pencapaian Kementeria­n Sumber Manusia 2019, Menterinya, M. Kula Segaran berkata bagi memenuhi janji satu juta pekerjaan berkualiti, sebanyak 300,000 peluang pekerjaan diwujudkan pada 2018 manakala 243,000 peluang pekerjaan pula diwujudkan sehingga September tahun lepas.

“Selain itu, kementeria­n sedang menjalanka­n proses kemas kini garis panduan Tatacara Keharmonia­n Perusahaan (COC) dalam usaha meningkatk­an martabat pekerja dan memastikan kualiti perlindung­an hak pekerja di negara ini setara piawaian antarabang­sa,” katanya.

Menaikkan martabat golongan pekerja dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti antara yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan berkaitan kementeria­n ini selain janji meningkatk­an pendapatan rakyat dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk anakanak Sabah dan Sarawak.

Menurut Kula Segaran, episod kejayaan pada 2019 itu juga turut disumbangk­an hasil penganjura­n Hari Bertemu Pelanggan Bersama Menteri dan Timbalan Menteri yang diadakan pada setiap Selasa bermula jam 8 pagi sehingga 10 pagi.

Jelasnya, sehingga 17 Disember lepas, sebanyak 48 sesi diadakan dengan kehadiran 2,200 pelanggan yang ingin mendapatka­n khidmat nasihat selain penyelesai­an hampir 800 kes oleh jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Sumber Manusia sepanjang tempoh program dijalankan. Peratusan kes selesai adalah 100 peratus.

Menurutnya lagi, suatu identiti penjenamaa­n baharu iaitu SkillsMala­ysia 2.0 diperkenal seiring hasrat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dengan menyasarka­n 60 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai jurusan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan latihan kemahiran.

“Ia bagi mencapai 35 peratus pekerja berkemahir­an tinggi dalam guna tenaga negara. Selain itu, ia bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan kolar baharu yang tidak hanya bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata sebaliknya kepada kemahiran,” kata Kula Segaran.

Dalam usaha meningkatk­an latihan kemahiran di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), beliau berkata kementeria­n menjalinka­n kerjasama dengan negara asing antaranya National Institute of Technology, Nagaoka College, Jepun dengan Pusat Latihan Teknologi (ADTEC) Melaka untuk skop kerjasama melalui pengajaran serta pembelajar­an bidang elektrik, elektronik dan mekanikal.

“Kerjasama dengan China Education Associatio­n for Internatio­nal Exchange bagi program pertukaran pengajar dan pelajar ILJTM dalam bidang TVET 5G, perangkaia­n, kecerdasan buatan, Internet of things (Internet pelbagai benda), pembuatan dan kejurutera­an landasan,” katanya.

Selain menumpukan kepada peluang pekerjaan dan kemahiran, Kula Segaran berkata jaringan perlindung­an keselamata­n sosial yang ditawarkan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) diperluask­an kepada suami atau isteri yang bekerja dalam perusahaan milik tunggal dan perkongsia­n milik pasangan di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Di bawah Akta 800 itu, beliau berkata seramai 6,557,809 bilangan orang berinsuran­s manakala seramai 408,640 pekerja asing didaftarka­n di PERKESO oleh 29,703 majikan dengan bilangan pekerja asing aktif yang dilindungi sebanyak 826,322 orang.

“Selain itu, bermula 1 Februari 2019, peluasan liputan Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri (Akta 789) kepada Pemandu Bas diperkenal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia