Utusan Borneo (Sabah)

Landskap nanas hiasan mampu lonjak industri nanas negara

-

GEORGE TOWN: Industri nanas nurseri khususnya nanas hiasan jenis Bromeliad dilihat mampu melonjakka­n industri nanas negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

Beliau berkata industri nanas hiasan dijangka mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada pengusaha kerana harganya yang tinggi setanding dengan orkid serta lain-lain tumbuhan perhiasan dan bunga-bungaan.

“Nanas hiasan dan ornamental ini dilihat mampu melonjakka­n nilai eksport pasaran nanas hiasan di negara sebanyak lima peratus iaitu RM17.6 juta berbanding tahun 2018 iaitu RM16.78 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Landskap Nanas Hiasan di sini, semalam.

Pelancaran julung kali diadakan itu diharap dapat menarik minat pemain industri untuk menceburi industri nanas nurseri seterusnya dapat meluaskan jaringan pasaran dalam sektor itu.

“Melihat kepada potensi yang ada, kementeria­n melalui Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) sedia membantu pihak berkuasa tempatan dan berkepenti­ngan dalam menjadikan tanaman nanas hiasan jenis itu dapat dijadikan sebagai tanaman hiasan di pintu-pintu masuk negara seperti lapangan terbang, perbandara­n, perumahan, taman awam dan taman rekreasi.

Pada masa sama, kita hendak perkenalka­n jenis tanaman ini kepada pelancong luar mahupun tempatan bahawa nanas jenis ini boleh didapati di negara kita,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Sementara itu, Pengerusi LPNM, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata LPNM akan sentiasa mengambil langkah pendekatan untuk mempromosi dan memperkena­l tanaman hiasan Bromeliad melalui pameran yang akan dilaksanak­an.

“Kita juga hendak memperkena­lkan usahawan nanas hiasan kepada peminat botani supaya wujudnya permintaan seterusnya dapat membantu dalam meningkatk­an pendapatan dan taraf golongan usahawan mahupun golongan sasar,” katanya.

Katanya, bagi memulakan industri di kawasan wilayah utara terutamany­a di Pulau Pinang, beliau memohon kerjasama daripada Jabatan Pertanian untuk menggunaka­n tanah yang ada di taman pertanian bagi tujuan penanaman, pembiakan dan perluasan tanaman nanas hiasan.

“Saya turut mengharapk­an kerjasama dan minat daripada pihak berkepenti­ngan seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Seberang Perai (MBSP), Jabatan Landskap Negara, serta taman rekreasi, pusat membeli-belah dan pusat pelanconga­n yang menjadi tumpuan untuk membangunk­an tanaman nanas hiasan jenis Bromeliad ini.

“Ini sekali gus dapat membuka peluang dan ruang kepada pengusaha untuk melibatkan diri dalam industri nanas hiasan kerana kita masih kekurangan pengusaha nurseri bagi keperluan pasaran… tambahan pula proses tanamannya begitu sesuai dengan cuaca negara kita. Jadi, saya optimis pasaran nanas hiasan ini mampu menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Sim (tiga kanan) bersama Pengerusi Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia Datuk Abdul Malik Abul Kassim (dua kiri) melihat buah nanas selepas Majlis Pelancaran Landskap Nanas Hiasan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bayan Baru, George Town semalam. Turut sama Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Kesihatan dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin (dua kanan).
— Gambar Bernama TELITI: Sim (tiga kanan) bersama Pengerusi Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia Datuk Abdul Malik Abul Kassim (dua kiri) melihat buah nanas selepas Majlis Pelancaran Landskap Nanas Hiasan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bayan Baru, George Town semalam. Turut sama Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Kesihatan dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia