Utusan Borneo (Sabah)

Kira-kira 200,000 dos vaksin influenza akan tiba: Dr Dzulkefly

-

PETALING JAYA: Kirakira 200,000 dos vaksin influenza akan dibawa masuk dalam masa dua bulan ini bagi memenuhi permintaan yang mendadak bagi vaksin itu pada masa ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata 16,800 dos sudah tiba di negara ini hari ini, manakala selebihnya akan tiba secara berperingk­at.

“Sebanyak 15,000 dos akan tiba pada 20 Jan dan 67,000 dos pada 27 Jan, menjadikan jumlah sekitar 100,000 dos vaksin akan tiba bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Karnival Kesihatan di Bangunan Peladang di Jalan Templer di sini semalam.

Karnival Kesihatan yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) diadakan hari ini di 11 negeri bertujuan menekankan kepentinga­n kesihatan dalam kalangan orang ramai.

Dr Dzulkefly berkata sebanyak 100,000 dos vaksin lagi akan diperoleh dalam masa dua ke tiga minggu.

Sementara itu, beliau menggesa kesemua penyedia perkhidmat­an penjagaan kesihatan supaya tidak mengambil kesempatan terhadap keadaan wabak itu dengan mengaut keuntungan dan menaikkan harga vaksin keterlalua­n.

Beliau berkata walaupun terpulang kepada mereka untuk menetapkan harga vaksin influenza kerana ia tidak berada di bawah kategori ubat terkawal, namun harga yang dikenakan tidak seharusnya melebihi RM100.

“Kita perlu bekerjasam­a untuk membantu memerangi penyakit ini kerana permintaan dan bekalan telah menjadi enam kali lebih tinggi, justeru, kita berharap tiada lagi kenaikan harga pada vaksin ini.

“Kami belum menerima sebarang aduan daripada orang awam mengenai perkara itu... tetapi orang ramai boleh berbuat demikian sekiranya mereka mendapati manamana penyedia penjagaan kesihatan yang tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Dzulkefly berkata kerajaan menyedari bahawa kos penjagaan kesihatan meningkat dan kementeria­n sendiri sedang melakukan yang terbaik untuk menangani isu ini.

“Rakyat Malaysia perlu bertanggun­gjawab terhadap kesihatan mereka sendiri, mengamalka­n tabiat yang sihat sejak usia muda dan menjalani gaya hidup sihat atau simpanan dan dana persaraan akan dibelanjak­an untuk bil hospital, itulah realiti yang menyakitka­n.

“Adalah menjadi harapan saya supaya lebih ramai rakyat Malaysia akan memahami kepentinga­n kesihatan dalam apa jua yang kita lakukan dan tanpa kesihatan, kita mungkin tidak akan maju dalam karier kita...produktivi­ti dan kewangan negara juga akan terjejas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia