Utusan Borneo (Sabah)

Nilai GDV pusat komersial Botani Village RM200j

-

GOPENG: Pusat komersial Botani Village di Bandar Seri Botani di sini yang dimajukan oleh Pinji Botanics Sdn Bhd, dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) dianggarka­n RM200 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pembanguna­n berkeluasa­n 6.8 hektar itu dilengkapi kompleks sukan, medan selera, bangunan pejabat, bazar, kios makanan segera berkonsep pandu lalu serta sebuah pasar raya dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2021.

Malah, pihak pemaju turut membina 1,200 unit rumah mampu milik untuk golongan isi rumah berpendapa­tan rendah B40.

“Pembanguna­n pusat komersial ini mampu memberi keselesaan menerusi kemudahan seperti pusat riadah untuk penduduk setempat selain mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan bagi penduduk di sekitar bandar raya Ipoh.

“Sudah tentu kerajaan negeri amat mengalu-alukan usaha pihak pemaju dan berharap pemaju lain dapat mencontohi langkah Pinji Botanics Sdn Bhd,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Majlis Pecah Tanah Pusat Komersial Botani Village itu semalam.

Terdahulu, ketika berucap, Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri sentiasa komited untuk bekerjasam­a dengan para pemaju sektor pembinaan khususnya perumahan berikutan kepentinga­nnya kepada pertumbuha­n ekonomi negeri.

Selain itu, pihak pemaju juga berperanan membantu rakyat membina kehidupan berkeluarg­a menerusi tawaran produk-produk kediaman selesa untuk kalangan penduduk negeri itu.

“Kerajaan negeri sentiasa menganggap para pemaju sebagai rakan strategik kerajaan negeri dalam pembanguna­n ekonomi dan kesejahter­aan rakyat negeri ini.

“Oleh itu, kita sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan dan cadangan pemaju untuk menambah baik dasar-dasar sedia ada,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Ahmad Faizal (tiga kanan) melakukan simbolik pecah tanah pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Komersial Botani Village Bandar Seri Botani, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Ahmad Faizal (tiga kanan) melakukan simbolik pecah tanah pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Komersial Botani Village Bandar Seri Botani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia