Utusan Borneo (Sabah)

Bom tepi jalan ragut nyawa enam tentera Burkina Faso

-

OUAGADOUGO­U: Enam anggota tentera Burkina Faso terbunuh kelmarin apabila kenderaan mereka terkena letupan bom tepi jalan di wilayah utara, dalam serangan terbaharu terhadap pasukan tentera di negara ini, kata sumber keselamata­n.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan bom itu, namun keganasan di Burkina Faso telah dipersalah­kan terhadap militan yang dikaitkan dengan kedua-dua kumpulan Al-Qaeda dan Daesh (IS).

“Sebiji bom buatan sendiri membunuh enam anggota tentera dan mencederak­an seorang lagi semasa rondaan di rizab hidupan liar di wilayah Soum,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, jumlah mangsa yang meninggal dunia telah dikatakan sebagai lima orang.

Satu operasi ketenteraa­n di kawasan telah bermula selepas serangan itu, tambah pihak tentera.

“Pasukan tentera bantuan dihantar ke zon itu bagi membersihk­an kawasan sementara mangsa yang tercedera telah dipindahka­n,” menurut sumber tentera.

Satu gelombang serangan pada Disember telah mengorbank­an 35 warga awam, kebanyakan­nya wanita, dan beberapa anggota tentera dalam satu serangan ke atas sebuah pangkalan tentera serta sebuah pekan di utara negara.

Burkina Faso, termasuk negara jiran Mali dan Niger, telah melihat serangan pelampau yang kerap yang menyebabka­n ratusan orang terkorban sejak permulaan tahun 2015 ketika pemberonta­kan Islamis mula tersebar di sekitar wilayah Sahel.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 4,000 orang telah terkorban dalam serangan pelampau di tiga negara Sahel pada tahun lepas.

Tentera Burkina Faso kekurangan peralatan dan kurang terlatih bagi berdepan dengan ancaman yang dikemukaka­n oleh pelampau di negara ini.

Bagaimanap­un, sejak beberapa bulan kebelakang­an ini mereka menikmati satu siri kejayaan, mendakwa telah membunuh 100 anggota pelampau dalam banyak operasi.

Terdapat 4,500 anggota tentera Perancis yang dikerahkan di wilayah Sahel termasuk 13,000 anggota tentera pengaman PBB di Mali bagi menentang pengganas, membantu pasukan tentera negara G5 – Chad, Burkina Faso, Mali, Mauritania dan Niger.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia