Utusan Borneo (Sabah)

Bulgaria dakwa enam terbabit penipuan melalui ‘perkahwina­n dengan orang sudah meninggal’

-

SOFIA: Pihak berkuasa Bulgaria mendakwa enam orang kelmarin berhubung dengan kes penipuan melibatkan pengeluara­n sijil perkahwina­n palsu untuk orang yang sudah meninggal dunia supaya pelaku boleh menuntut harta milik si mati.

Pendakwa raya berkata penipuan itu telah berlaku selama lima tahun dan dalang utamanya adalah seorang anggota polis dan seorang pegawai perbandara­n Sofia.

Seramai lapan orang telah ditangkap berhubung dengan kes tersebut.

“Peranan anggota polis itu adalah untuk menyelidik orang sama ada warga emas atau yang telah meninggal dunia baru-baru ini dan memiliki hartanah mewah,” kata pendakwa raya antijenaya­h terancang dalam satu kenyataan kelmarin.

Mangsa telah dipilih berdasarka­n kepada tidak ada saudara mara rapat yang menyedari tentang harta warisan mereka.

Sebaik sahaja mangsa telah dikenal pasti, pekerja perbandara­n “memadamkan nama mana-mana pewaris yang masih ada daripada rekod” ketika mengeluark­an sijil perkahwina­n bertarikh palsu, menurut kenyataan itu lagi.

Penipuan itu dikatakan telah mengumpulk­an sekurang-kurangnya 15 hartanah, bernilai lebih 500,000 euro secara keseluruha­nnya.

“Ia adalah satu cara luar biasa yang dilakukan untuk penipuan harta, kaedah tersebut bukannya satu cara biasa,” kata Dimitar Petrov, ketua Pejabat Pendakwaan Khas.

Salah satu sijil kahwin palsu yang dipersoalk­an telah dibuat untuk kelihatan seperti ia telah dikeluarka­n di Rusia.

“Ia adalah lebih sukar untuk mengesahka­n kesahihan dokumen yang dikeluarka­n oleh sebuah negara yang bukannya dalam Kesatuan Eropah,” jelas pegawai kementeria­n dalam negeri, Stefcho Bankov.

Rangkaian tersebut terbongkar apabila dua suspek menyamar sebagai seorang wanita dan suaminya cuba mengeluark­an wang berjumlah 600,000 leva dari sebuah bank di Sofia, kononnya bagi pembelian tunai untuk sebuah flat.

Wanita itu sebenarnya belum berkahwin dan meninggal dunia baru-baru ini namun kematianny­a telah dipadamkan daripada rekod awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia