Utusan Borneo (Sabah)

Suri rumah dakwa rugi RM59,500 ditipu ‘Macau Scam’

Mangsa hanya sedar ditipu setelah buat semakan di bank

-

KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian RM59,500 selepas diperdayak­an sindiket ‘Macau Scam’ yang mendakwa dia mempunyai tunggakan pinjaman di atas namanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 57 tahun mendakwa dihubungi seorang wanita pada Khamis lepas, kononnya wakil ibu pejabat sebuah bank berhubung tunggakan pinjaman itu.

Mangsa yang menafikan dakwaan itu kemudian dihubungka­n dengan ‘polis’ berpangkat Sarjan yang memberi

“Mangsa mendakwa pegawai polis itu mengarahka­nnya untuk memindahka­n wang simpanan miliknya ke sebuah bank yang dikatakan lebih selamat berbanding bank lain dan menukar nombor telefon ” pada ruangan maklumat peribadi.

tahu namanya turut dikaitkan dengan siasatan pengubahan wang haram yang memerlukan mangsa bercakap dengan pegawai atasan polis.

“Mangsa mendakwa pegawai polis itu mengarahka­nnya untuk memindahka­n wang simpanan miliknya ke sebuah bank yang dikatakan lebih selamat berbanding bank lain dan menukar nombor telefon pada ruangan maklumat peribadi.

“Mangsa mendakwa dia tidak mengesyaki apa-apa sehingga mendapati wang simpananny­a hanya berbaki RM100 semasa membuat semakan pada petang semalam (kelmarin),” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Supt Mohd Wazir Mohd Yusof Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia