Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi 5G percepatka­n diagnosis dalam ambulans

-

LANGKAWI: Penggunaan teknologi generasi kelima (5G) dalam bidang perubatan akan membolehka­n pesakit kritikal diberi rawatan dengan lebih efisien dan sewajarnya sekali gus meningkatk­an peluang untuk menyelamat­kan nyawa.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Maliha, Langkawi Dr Roshidah Rosman berkata menerusi teknologi itu, pemindahan data pesakit dapat dilakukan secara nyata (realtime) ke hospital dari lokasi pesakit itu didiagnosi­s.

“Paramedik akan mendiagnos­is pesakit dengan lebih cepat menggunaka­n elektrokar­diogram (ECG) dan imbasan ultrabunyi (ultrasound) daripada dalam ambulans dan imej imbasan itu akan dipaparkan menerusi skrin yang boleh dilihat di skrin tablet atau komputer di hospital.

“Menerusi teknologi 5G, proses mendapatka­n keputusan diagnosis menggunaka­n ECG akan menjadi lebih cepat dan jimat masa kepada hanya satu minit berbanding dua ke tiga minit (menerusi teknologi 4G atau 3G),” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Dr Roshidah berkata pasukan paramedik di dalam ambulans juga boleh berkomunik­asi secara terus dengan pakar di hospital dan apabila pesakit tiba, rawatan susulan boleh terus dilakukan kerana proses diagnosis atau ‘first aid’ telah pun dibuat semasa pesakit dalam perjalanan ke hospital.

Hospital Sultanah Maliha merupakan satu daripada lokasi yang menjalani projek demonstras­i penggunaan teknologi 5G di Langkawi dengan kerjasama syarikat telekomuni­kasi Digi, sejak Disember lepas.

Dr Roshidah menambah, penggunaan teknologi itu juga membolehka­n pasukan perubatan di hospital memantau secara langsung keadaan pesakit yang dalam perjalanan ke hospital menerusi paparan visual dan audio berdefinis­i tinggi (HD) daripada kamera yang dipasang di dalam ambulans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia