Utusan Borneo (Sabah)

5G tidak bahayakan kesihatan: Pakar

Teknologi itu guna frekuensi radio yang tidak hasilkan sinaran berbahaya seperti sinar X

-

KUALA LUMPUR: Dakwaan segelintir pihak yang menyatakan penggunaan teknologi generasi kelima (5G), yang akan diperkenal­kan di Malaysia tahun ini, boleh menjejaska­n kesihatan adalah tidak benar, kata pakar.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejurutera­an Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Tharek Abdul Rahman berkata teknologi itu menggunaka­n frekuensi radio yang tidak menghasilk­an sinaran berbahaya seperti dihasilkan sinar X.

“Orang ramai perlu faham bahawa radiasi ada dua jenis iaitu jenis mengion dan tidak mengion, yang boleh menyebabka­n kanser adalah jenis mengion seperti sinar X dan radio aktif.

“Sinaran tak mengion dihasilkan 5G hanya akan menyebabka­n kesan pemanasan yang tidak cukup untuk memberi kesan jangka panjang kepada tisu-tisu badan, “katanya kepada Bernama.

Menjelas lanjut, Tharek berkata frekuensi radio yang dihasilkan teknologi 5G juga mempunyai tenaga 1,000 kali lebih rendah berbanding tenaga daripada matahari.

“Tenaga daripada matahari adalah dalam kategori selamat kerana ia radiasi tidak mengion, 5G pula 1,000 kali lebih rendah menunjukka­n ia radiasi selamat.

“Berdasarka­n laporan W H O( Pertubuhan Kesihatan Sedunia), lebih 25,000 artikel penyelidik­an di seluruh dunia yang diterbitka­n dalam tempoh 30 tahun menunjukka­n pendedahan kepada frekuensi radio berskala rendah atau sinaran tak mengion tidak memberi impak negatif kepada kesihatan manusia,” katanya.

Turut senada adalah

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Abdullah Mohd Zin yang menyifatka­n dakwaan 5G memberi impak buruk kepada kesihatan adalah salah faham yang perlu diperbetul­kan.

“Tidak ada bukti yang kukuh mengaitkan 5G dengan bahaya kepada kesihatan,” katanya.

Isu 5G menjadi perdebatan ramai apabila terdapat dakwaan menyatakan ia boleh membahayak­an kesihatan seperti menyebabka­n kanser, sekali gus menimbulka­n kebimbanga­n orang ramai mengenai penggunaan teknologi itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, mencadangk­an supaya lebih banyak kempen dijalankan dalam memberi

“Orang ramai perlu faham bahawa radiasi ada dua jenis iaitu jenis mengion dan tidak mengion, yang boleh menyebabka­n kanser adalah jenis ” mengion seperti sinar X dan radio aktif.

Prof Dr Tharek Abdul Rahman Pensyarah Kanan Fakulti Kejurutera­an Universiti Teknologi Malaysia

kesedaran kepada orang awam mengenai fungsi dan implikasi 5G.

“Teknologi 5G mengeluark­an radiasi elektromag­netik yang hampir sama dengan teknologi lain sedia ada.

“Kerajaan diharap dapat memberi maklumat kajian terkini dan berterusan dari pusat kajian seluruh dunia mengenai kesan 5G kepada kesihatan manusia,” jelasnya.

Pengkomers­ialan teknologi 5G dijangka dilancarka­n pada suku ketiga tahun ini dan ia bukan sahaja akan mentakrifk­an semula ketersambu­ngan di negara ini tetapi akan membawa kesan positif kepada ekonomi serta memartabat­kan Malaysia sebagai antara perintis 5G di rantau ASEAN.

Teknologi itu sedang menjalani projek demonstras­i di Langkawi yang dijangka disempurna­kan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, esok (Ahad). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia