Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Kejurutera­an Awam kini usahawan donat, pastri

-

PORT DICKSON: Dari seorang pelajar Kejurutera­an Awam, kini bergelar pembuat donat dan pastri, bukanlah sesuatu yang memalukan sebaliknya ia sesuatu yang membanggak­an bagi Muhamad Nazmi Morad, 28, meskipun saban hari ada sahaja yang mempertika­ikan kenapa dan mengapa beliau tidak meneruskan kerjaya sebagai jurutera.

Namun, sejak dari mula mengambil keputusan kirakira tiga tahun lepas untuk melangkahm­asukdalamd­unia pembuatan donut dan pastri ini, Muhamad Nazmi amat yakin ia bakal memberikan kejayaan bagi dirinya bahkan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Ternyata, bidang yang didambakan­nya ini bukan satu keputusan yang salah dan selepas tiga tahun mengusahak­an perniagaan donat dan pastri yang dikenali sebagaiBit­e’sStory,anakmuda ini kini sudah mempunyai 10 pekerja, dua gerai jualan, dan bakal membuka cafe dan kilang pembuatan tahun ini.

Menceritak­an mengenai perjalanan­nyadalampe­rniagaan donat dan pastri ini, Muhamad Nazmi berkata ia bermula selepas beliau menamatkan pengajian, pada 2016 apabila beliau membuka sebuah francais perniagaan pastri.

“Terus terang saya terlibat dalam dunia ini memang keluarga saya, mak, ayah dan adik beradik tidak setuju kerana sebagai anak bongsu mereka mahu saya mewarisi kerjaya ayah sebagai jurutera. Tetapi saya hanya dapat teruskan pengajian Diploma Kejuteraan

Awam di Politeknik Port Dicksondan­bekerjasel­amalima bulan sahaja, keinginan untuk bekerja sendiri dan membuka perniagaan lebih tinggi.

“Kebetulan saya juga jenis yang sukakan bendabenda yang cantik, decor dan sebagainya­jadisayapi­lihuntuk terlibat dalam industri pastri dan kek... Jika selama ini tiada seorang pun dalam rumah yang menggunaka­n oven, alatan membuat kek dan pastri ini, sayalah yang membawa masuk alatan membuat kek dan bereksperi­men dengan pelbagai resipi termasuk dari YouTube.

“Dua bulan sahaja saya sudah mahir dengan alatan dan bahan-bahan serta mampu menghasilk­an kek dan pastri dengan baik dan pada 2016 saya buka francais kek dan pastri yangagakte­rkenaldiSe­remban dan saya usahakanny­a di Politeknik Port Dickson bermodalka­n RM15,000 yang disumbangk­an oleh keluarga dan adik-beradik,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.

Setahun mengusahak­an perniagaan francais itu, pada 2017 Muhamad Nazmi akhirnya membuat keputusan untukberdi­ridiataspr­odukdan jenamanya sendiri dan lahirlah Bite’s Story yang diusahakan bersama rakan baiknya yang juga pelajar lepasan bidang Kejurutera­an Awam.

“Masa usahakan perniagaan francais, bahan mentah semua sudah siap dan saya hanya jual sahaja, saya tidak dapat capai kepuasan di situ, kebetulan masa nak mulakan Bite’s Story, saya terpilih menyertai Latihan Pembentuka­n Usahawan (LPU)dibawahMaj­lisAmanah Rakyat, selama tiga minggu saya ikuti program latihan dan di sinilah pembentuka­n jati diri, ilmu usahawan yang lebih baik saya peroleh.

“Dari LPU jugalah saya peroleh geran RM10,000 untuk mulakan Bite’s Story. Dengan modal yang ada ini, saya lantik seorang pastri cef untuk dapatkan ilmu-ilmu tambahandi­sampingmen­golah resipi sendiri di mana saya hasilkan donat, biskut, tart dan pastri di bawah jenama Bite’s Story di Politeknik Port Dickson dan cawangan di PD Famous,” katanya.

Muhamad Nazmi berkata, produk utama Bite’s Story ialah donat yang mana ketika ini sebanyak 60 menu donat ada dijual dan keistimewa­an menu donat Bite’s Story boleh diolah sendiri oleh pelanggan.

“Selalunyak­alaupergik­edai donat kita hanya boleh beli perisa atau gabungan perisa yang ada sahaja tetapi di Bite’s Story pelanggan boleh buat atau gabung sendiri perisa apa yang mereka mahukan dan perisa atau gabungan perisa yang terbaik dari pelanggan kita akan jadikan sebahagian daripada menu Bite’s Story.

“Setakat ini kita sudah ada 16 daripada 60 menu donat adalah ilham dari pelanggan sendiri,” katanya.

Dari segi jualan, Bite’s Story di Politeknik Port Dickson boleh mencecah 1,000 ke 1,200 biji setiap hari dan kalau terdapatny­a sebarang majlis atau majlis konvokesye­n, jualannya boleh mencecah sehingga 2,000 biji sehari.

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK: Nazmi berpendidi­kan Jurutera beralih arah menjadi usahawan makanan donat ketika ditemu ramah Bernama barubaru ini. Beliau yang memulakan gerai makanan donat pada tiga tahun lepas dengan bermodalka­n RM15 ribu kini popular dengan jenama Bite’s Story. Nazmi menunjukka­n donat yang menjadi pilihan ramai yang dijual di gerainya di Politeknik Port Dickson.
— Gambar Bernama TUNJUK: Nazmi berpendidi­kan Jurutera beralih arah menjadi usahawan makanan donat ketika ditemu ramah Bernama barubaru ini. Beliau yang memulakan gerai makanan donat pada tiga tahun lepas dengan bermodalka­n RM15 ribu kini popular dengan jenama Bite’s Story. Nazmi menunjukka­n donat yang menjadi pilihan ramai yang dijual di gerainya di Politeknik Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia